Terkini : Penamaan calon Manek Urai

10.40 pagi : “Orang yang menyokong UMNO-BN, kena bertaubat sebelum terlambat. Kami orang bukan Islam pun nak parti Islam. Sepatutnya orang Islam lebih menyokong parti Islam“, ucap S.Surianarayanan selaku Pengerusi Kelab Penyokong PAS Teluk Intan ketika ditemui oleh petugas sebentar tadi.

10.30 pagi : Penyokong setia PAS tetap setia menanti walaupun cuaca panas terik.

10.10 pagi : Suasana semakin meriah dengan sorakan kedua-dua belah pihak, PAS dan BN. Kelihatan kapal terbang kawalan jauh membawa bendera PAS berkibar-kibar megah terbang di udara.

10.00 pagi : SPR telah mengumumkan proses penghantaran borang telah di tutup. Di luar dewan, kelihatan Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu memberikan ucapan kepada penyokong PAS yang hadir. Lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon.

9.30 pagi : Pegawai SPR bertugas sedang menyemak dan meneliti borang yang serahkan calon PAS, Mohd Fauzi dan BN, Tuan Aziz.

Dato’ Paduka Husam Musa ketika ditemui mengucapkan ribuah terima kasih kepada semua penyokong PAS dan ahli Kelab Penyokong PAS yang tidak putus-putus memberi sokongan walaupun hari ini merupakan hari bekerja.
 
Beliau turut melahirkan rasa berpuas hati dengan mutu kerja yang diberikan oleh petugas keselamatan seperti pihak polis trafik kerana keadaan jalan berjalan lancar.

9.22 pagi : Giliran calon PAS, Fauzi melengkapkan borang dan menyerahkannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin.

Setakat ini hanya dua calon yang menyerahkan borang penamaan calon. Masih tiada calon-calon bebas yang kelihatan di Dewan Petra ini.

9.10 pagi : Calon PAS, Fauzi mula memasuki Dewan Petra untuk menyerahkan borang penamaan calon selepas calon BN, Tuan Aziz calon pertama yang berbuat demikian.

9.00 pagi : Kelihatan ramai anak muda dalam perarakan pagi ini. Takbir bergema di kawasan penamaan calon. 44 orang india dan cina dari ahli Kelab Penyokong PAS Perak turut hadir sama dalam perarakan pagi ini.
 
8.55 pagi : Kelihatan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sudah mula sampai di pusat penamaan calon.

8.40 pagi : Menurut petugas yang bertugas, lebih kurang 10 ribu orang penyokong PAS sudah mula berkumpul di simpang laluan masuk menuju pusat penamaan calon iaitu di Sek Men Keb Sultan Yahya Petra.
 
Turut juga kelihatan ahli kelab penyokong PAS dari kaum cina dan India turut bersama-sama menyertai perarakan pada pagi ini.
 
8.20 pagi : Solat hajat telah selesai kira-kira setengah jam yang lalu yang diimamkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Hadir sama pada program solat hajat berkenaan adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Fatah Mahmud dan beberapa pimpinan PAS yang lain.

8.05 pagi : Sepanjang jalan menuju ke Kuala Krai mulai sesak.

8.00 pagi : Seawal jam 7 pagi tadi orang ramai (penyokong PAS) sudah memenuhi perkarangan Masjid Al-Jauhar Ghucil, Kuala Krai untuk menunaikan solat hajat.
 
7.30 pagi : Sebilangan 100 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sudah mula kelihatan memulakan tugas kawalan keselamatan di laluan masuk ke pusat penamaan calon iaitu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
 
6.30 pagi : Lebih 500 orang petugas dari Unit Amal Negeri Kelantan sudah mula bertugas seawal selepas subuh bagi menjaga keselamatan.
 
Pusat penamaan calon akan berlangsung di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 bermula pukul 9 pagi.

About these ads

About kalamPerantau

Penulis buku " Politik Kampus Di Sebalik Tabir" adalah Mohd. Shuhaimi al Maniri atau Mohd Shuhaimi Embong . Dilahirkan di Kg Balau Kolam, K
This entry was posted in News and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s