Kalam Perantau

Icon

Suhaimi Al-Maniri jadi tetamu Muktamar PAS Hulu Terengganu dan Marang

Jumaat, 8 May 2009 00:36 

HULU TERENGGANU – Hari ini,8hb. Mei, 2009  adalah hari jadi saya yang ke 44. Saya merasa teruja kerana diberikan penghormatan menjadi tetamu kepada YB Dato’ Harun Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir sempena dengan perasmian Mesyuarat Agong ke-25 PAS kawasan Hulu Terengganu yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga mantan Menteri Besar Terenmgganu.

Manakala keesokan harinya paada 9hb. Mei, 2009 beliau menjadi tetamu kepada Haji Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Marang  pada Mesyuarat Agong ke-25 PAS Kawasan Marang yang dirasmikan oleh Ustaz Abu bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu. Turut serta menjadi tetamu adalah sahabat saya, Drs Khalil Idham Lim Abdullah@blogger Cina Islam yang menjadi wakil kepada menteri Besar Perak yang sah, Dato’ Seri Ir Nizar jamaluddin.  

Sebagaimana dijangkakan, Dato’ Harun Taib Ahli Jawatankuasa PAS Pusat  kekal menerajui PAS Kawasan Hulu Terengganu apabila beliau terus diamanahkan sebagai Yang Dipertua pada Mesyuarat Agung Tahunan, yang diadakan di Kolej Universiti darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Kubang Lembek, Manir. Manakala Ustaz Ismail Osman kekal sebagai Timbalan dan jawatan Naib Yang Dipertua disandang calon muda, Ustaz Mohd Razki Alias. Disamping itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Haji Muhyidin Abd Rashid kekal sebagai Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu.

Manakala Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali dipilih mengetuai PAS kawasan bagi sesi 2009-2011 menggantikan Ustaz Hassan Mohd Salleh. Pemilihan itu dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-25 yang diadakan di Masjid Rusila, Sabtu lalu.

Naib Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Maarof Ismail pula dipilih sebagai Timbalan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah  sebagai naib sementara jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan dikekalkan kepada Hassan Jusoh, Haji Abdul Haris Abdul Malik dan Ustaz Sidik Abu bakar.

Filed under: News, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: