Kalam Perantau

Icon

Breaking News: Tahniah ! Najib mula lari dari Mentor Politiknya

Disebabkan semua tindakannya setelah menjadi Perdana Menteri didakwa mengikut telunjuk pihak tertentu terutamanya mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, maka ketika beliau memberikan gambaran bahawa kemungkinan UBN (UMNO/BN) tidak akan menyertai PRK Penanti sukar untuk diterima memandangkan Tun Dr. Mahathir, mentor politiknya selama ini tidak bersetuju UBN tidak bertanding kerana mengaku kalah awal-awal lagi.

Tetapi bila Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan oleh beliau semalam (18/5/2009) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang maka menampakkan beliau mula menjarakkan dirinya dengan Tun Dr. M dengan membuat keputusan bertentangan dengan pandangan mentor politiknya. 

Sehingga kini, Najib kelihatan masih berhati-hati melakukan perubahan-perubahan besar kepada tindakan-tindakan beliau setelah memikul beban politik yang berat dengan tindakanya merampas kerajaan Perak secara tak berpelembagaan semasa menjadi TPM dan Pengerusi UBN Perak. Beliau cukup malu bila Mahkamah Tinggi memutuskan Ir. Nizar masih menjadi Menteri Besar yang sah kerana beliau tidak meletak jawatan atau dihadapkan dengan usul undi tidak percaya.

Tidak banyak pilihan yang ada kepada beliau. Sumber-sumber yang rapat dengan UBN menyebut Najib tiada banyak pilihan melainkan membubarkan DUN sebelum Mahkamah rayuan bersidang pada hari Khamis ni mendengar rayuan dari Ir. Nizar. 

Tindakkan mahkamah rayuan menagguhkan rayuan Nizar dari tarikh sebelum ini menyebabkan ramai yang berpendapat terdapat campurtangan dari pihak eksekutif. Siapa lagi ketua eksekutif OneMalaysia, kalau tidak Najib?  
 
Selepas ini, mungkin penasihat-penasihat politik Najib akan terus berperanan menjarakkan beliau dari memikul beban-beban politik yang ditinggalkan oleh Tun M sebelum sebelum ini yang menyebabkan rakyat mula meninggalkan UBN.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: