Kalam Perantau

Icon

PPP: Kemelut Dua Presiden, dimana kesudahannya?

Tiba-tiba Parti Progresif Penduduk (PPP) yang semakin hambar prestasinya selepas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974 bersama dengan Gerakan dan PAS selepas mengadakan kerajaan campuran sebelum itu kembali mendapat perhatian media massa ekoran kemelut dalaman parti berkenaan. 

Kemelut dalaman Parti Progresif Penduduk (PPP) semakin memuncak apabila Senator Datuk T. Murugiah dipecat sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) yang sebelum ini (16 Mei) atas tuduhan melanggar perlembagaan parti, dipilih sebagai Presiden baru parti itu.

Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dipilih secara sebulat suara sebagai Presiden selepas undi tidak percaya ke atas Datuk M. Kayveas dilulus sekali gus membawa kepada pelucutan jawatan Presiden yang telah disandangnya sejak 1993.

Setakat ini, mereka mendakwa hanya 778 cawangan saja yang aktif daripada keseluruhan 1,083 cawangan di seluruh negara. Pemilihan dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) oleh kira-kira 1,760 perwakilan yang didakwa melibatkan lebih dua pertiga cawangan PPP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini. EGM tersebut sebulat suara melantik tiga Naib Presiden baru iaitu Datuk Seri Abdul Rais Ahmad; Lau Beng Sin dan R. Karunakaran serta 25 orang ahli MT.

Kedua-dua kumpulan mendakwa mereka adalah pimpinan parti yang sah. Keadaan bertambah rumit bila kumpulan T. Murugiah juga mendakwa Datuk M. Kayveas tidak layak menerajui parti sejak tahun 2005 lagi kerana pernah didenda lebih dari RM 2,000.

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: