Kalam Perantau

Icon

PRK Penanti 31 Mei 2009, Najib tesilap strategi?

Seorang rakan saya dalam kolumnya, Perspektif@Siasah ada menulis prinsip Najib tidak membenarkan UMNO/BN (UBN)  bertanding dalam Pilihanraya bercanggah dengan pendirian dua ‘bapa’. Kedua-dua negarawan adalah Tun Abd Razak, mantan Perdana Menteri ke-2 adalah bapa biologinya dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri ke-4 adalah bapa politik atau mentor politiknya.

Perlu diingat, sekurang-kurangnya terdapat dua kes sebelum ini dimana pilihanraya kecil diadakan bagi menyelesai masalah dalaman BN (Perikatan) membabitkan pertukaran Menteri Besar. Satu kes berlaku di Terengganu pada tahun 1971 dan satu kes lagi berlaku di Selangor pada tahun 1997. Kes di Terengganu berlaku pada era pemerintahan Tun Abdul Razak. Manakala kes di Selangor pula pada pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka merestu pilihanraya kecil atas perletakan jawatan penyandang kerusi bagi menyelesaikan masalah dalaman parti. Ertinya, sejarah mencatatkan apa yang dilakukan PKR di Penanti bukan julung kalinya berlaku. Dari persepektif itu, “prinsip” yang kononnya dipegang oleh najib bercanggah dengan kedua-dua bapanya.

Dalam kes di Terengganu, ADUN Batu Rakit, Datuk Mansor Mohamad melepaskan jawatannya pada 17hb. Julai, 1971 dan pilihanraya kecil diadakan pada 21 Ogos. Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman yang dipanggil pulang dari Kuala Lumpur menang dan dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu ke-9 pada 5hb. September, 1971.

Sementara dalam kes di Selangor pula, pilihanraya kecil diadakan serentak di DUN Permatang dan Parlimen Kuala Selangor pada 29hb Mei, 1997 selepas ADUN Permatang, Jamaluddin Adnan dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Abu Hassan Omar bertukar kerusi untuk memberi ruang kepada Abu Hassan menjadi ADUN untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Manakala pilihanraya kecil penanti pula diadakan pada 31hb. Mei, 2009 ini adalah dikosongkan oleh Mohamad Fairus Khairuddin (TKM 1/ADUN Penanti) bagi membolehkan Dr. Mansor Othman dilantik sebagai Timbalan ketua Menteri 1 Pulau Pinang setelah menenangi DUN Penanti.

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: