Kalam Perantau

Icon

Tahniah Dr. Mansor, Jangan Lupa 10 Prinsip Pemerintahan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

ADUN Penanti, Dr Mansor Othman yang memenangi Pilihanraya Kecil Penanti pada 31 Mei lalu mengangkat sumpah sebagai Exco di kediaman rasmi Sri Mutiara, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Dr Abdul Rahman Abas jam 9.45 pagi tadi. Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.

Tahniah kepada beliau yang diberikan tanggungjawab menjaga portfolio Jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat, tetapi jangan lupa kepada 10 prinsip yang diikrarkan oleh beliau semasa berkempen tempohari:

  1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.
  2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.
  3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.
  4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan  pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.
  5. Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.
  6. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.
  7. Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.
  8. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.
  9. Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.
  10. Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: