Kalam Perantau

Icon

Breaking news : Barisan kepimpinan PAS yang baru

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato’ Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato’ Kamaruddin Jaffar  

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.

Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.

Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari Negeri Sembilan adalah satu-satunya muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. – tmj/tajdid

Sumber : harakahdaily.net

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: