Kalam Perantau

Icon

Kenapa Idea Kerajaan Perpaduan dipolemik menjadi Boneka UMNO?

Oleh Suhaimi Al-Maniri

                    Sebelum                                                                    Selepas

Cuti sekolah minggu lepas, saya pulang ke Terengganu kerana anak-anak hendak melihat Stadium Sultan Mizan yang dibina dengan harga ratusan juta runtuh dalam masa tidak sampai setahun. Ini benda ajaib yang tak pernah rakyat Terengganu lihat sebelum ini. Sudah tentu ia juga memahat sejarah.  Beberapa orang rakan yang saya temui lebih berminat menceritakan pergolakan dalam UMNO berbanding perkara ini.

Malah beberapa aktivis PAS pula lebih berminat untuk mengetahui siapa pempimpin PAS yang akan dilantik sebagai Setiausaha Agong, Ketua Penerangan, Bendahari dan Ketua Pengarah Pilihanraya serta Pesuruhjaya PAS Terengganu. Bila pergi kenduri kendara saudara mara dikampong, ada yang datang bertanya, apa sebenarnya isu yang menjadi pergeseran dua Tok Guru yang menjadi tonggak kekuatan PAS selama ini.

Mereka sedih kenapa boleh jadi begini, kerana semua orang Terengganu tahu mana mungkin Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang boleh menjadi ‘boneka’ UMNO atau dituduh nak bawa PAS masuk UMNO?. Sukar untuk dipercayai bahawa cetusan idea Kerajaan Perpaduan dilontarkan oleh Presiden PAS dalam menyelesai krisis politik di Perak dan kemelut ekonomi yang dihadapi negara sekarang ini merupakan agenda membawa PAS untuk masuk UMNO?

Malah pada satu ketika, Amanat Haji Abdul Hadi yang diambil dari ceramah beliau di kampong Banggol Peradong, Terengganu pada tahun 1981 yang antara lainnya menyebut konsep jihad, negara islam, Islam dan sekularisme, agama dan politik serta beberapa perkara berkaitan dengan pemerintahan Islam telah diputarbelitkan oleh pihak UMNO terutama menjelang pilihanraya dan pilihanraya kecil tanpa menyiarkan sepenuhnya ucapan tersebut.

Sejak Presiden PAS, Dato’ Seri Abd Hadi Awang menyebut perkataan “kerajaan perpaduan” di Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini, pelbagai pihak memberikan reaksi. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Malah ada yang tidak ambil pusing dengan isu ini, tetapi turut melenting bila dikatakan PAS nak bersatu dengan UMNO.

Apa itu kerajaan Perpaduan?

Sekarang ini  ahli politik dan akademik mula membincangkan konsep Unity Government ini. Oleh kerana Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya dengan “kerajaan perpaduan”, maka ia mendedahkan konsep itu kepada pelbagai tafsiran. Dalam berpolemik, ada yang menyamakan “kerajaan perpaduan” dengan “kerajaan campuran.” Saya tidak fikir itu yang dimaksudkan oleh Presiden PAS. Dalam konsep yang yang umum, campuran semua parti adalah benar, tetapi lebih tepat lagi perpaduan atau muafakat semua parti yang ada dalam satu Dewan Perundangan (legislature).

Seorang ahli sains politik, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif yang sekarang menjadi Pengarah, Pusat Penyelidikan PAS dalam “Antara Dua Tok Guru: Penjelasan dan Penjernihan Terhadap Konsep Kerajaan Perpaduan (Unity Government) menyebut, Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai “satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik ( atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara” .  Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal.  Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.  Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan.  Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.  Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Sementara itu, seorang daripadanya, al-Kundangi membincangkan ciri kerajaan perpaduan dan sedikit perbezaan dengan kerajaan campuran, iaitu ; 1. Perdana Menteri dilantik oleh suara terbanyak Ahli Parlimen daripada mana-mana parti manakala kerajaan campuran pula biasanya dilantik daripada parti yang terbanyak kerusinya; 2. Perdana Menteri ini boleh bertukar bila-bila masa saja mengikut suara terbanyak ahli parlimen.; 3. Ahli kabinet juga dibentuk mengikut suara parlimen bukannya parti-parti tertentu kerana bila masuk ke dalam parlimen ia seolah-olah bermaksud semuanya menjadi ahli parti kerajaan.; 4.  Masing-masing parti masih mengikut haluannya sendiri; 5. Tiada pembangkang tapi bukan pula tidak boleh membangkang; 6.  Biasanya diadakan kerana keperluan mendesak atau menghadapi satu-satu isu yang besar seperti perang atau kemelesetan ekonomi yang teruk. Kerajaan campuran pula tidak semestinya ditubuhkan kerana menghadapi isu-isu besar.

Tuan Guru Presiden PAS menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini. Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Ternyata apa yang dilontarkan oleh Presiden PAS mendapat  reaksi yang berbagai dikalangan rakyat Malaysia. Terlalu banyak perbincangan dalam internet berhubung dengan Unity Government ini. Di antara prinsip-prinsip lain yang dibincangkan oleh seorang penulis (maaf; lupa nama) adalah;

1. Speaker mengatasi kehakiman kerana beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly” ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan;

2 .‘Unity Government” bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua Ahli Parlimen adalah anggota kerajaan. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. Konsepnya berlainan sama sekali sebab ‘Unity Government” pada hakikat sebenarnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT dan ianya bukannya menjadi ‘Coalition Government” ( Kerajaan Campuran) maupun ‘National Front” BN atau Pakatan Rakyat;

3. SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT ) THE PEOPLE’S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA.Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan (Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan;

4.,Di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti (parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja );

5. ‘Unity Government” juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman (sudisciary ), aau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif ( Speaker ). tetapi berlakumnya ‘ Separation of Powers ” secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu :i] Judiciary (badan Kehakiman ),ii)]Badan Eksekutif dan iii] Legislative ( Badan Perundangan ), iaitu 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.

Manakala Nobisha dalam http://nobisha.blogspot.com/ pulaq  nak tanya: Salahkah Presiden PAS mencadangkan “kerajaan perpaduan”? … Baginya, “kerajaan perpaduan” lebih mengambil bentuk politik muafakat. Rakyat yang sudah muak dengan politik pertentangan yang tak habis-habis sejak PRU12 mengharapkan budaya politik baru. Mereka ingin melihat semua ahli-ahli Parlimen dan DUN yang dipilih dapat duduk semeja dan melakukan sesuatu untuk rakyat. Kesampingkan dulu politik kepartian sehingga PRU13. Saya tidak setuju untuk PAS dan UMNO bergabung dalam satu entiti kerana ia akan menimbulkan kecurigaan di kalangan orang-orang bukan Islam / Melayu. Dalam sebuah negara multiras seperti Malaysia, ini tidak sihat untuk jangka masa panjang. Biarlah PAS dan UMNO menjadi dua entititi politik yang berbeza.

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah Bil 0154 (21-27 june, 2009)

Filed under: Siasah, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: