Kalam Perantau

Icon

BETUL KE BANDAR TUN RAZAK P RAYA KECIL?

Sebelum bulan Julai, 2008, kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah diantara kerusi yang terdapat dalam senarai teratas untuk dikosong bagi memberi laluan kepada Ketua Umum dan Penasihat PKR kembali menjadi Ahli parlimen dan Ketua Pembangkang di Parlimen serta mengilhamkan Kerajaan baru 16hb. September, 2008.
 
Sekarang telah setahun berlalu isi tersebut. Kini, isu kekosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak timbul kembali di kalangan pemerhati politik berikutan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Isu kekosongan kerusi ini dijangka berlaku selepas selesai pilihan raya kecil DUN Manik Urai di Kelantan.
 
Zaid dikatakan akan bertanding di situ untuk membolehkan beliau memasuki Dewan Rakyat balik dan seterusnya membantu Pakatan Rakyat. Betul ke khabar angin dan desas desus ni?
 
Disebabkan PKR telah berjaya memaksa 3 Pilihanraya kecil sebelum ini; Perlimen Permatang Pauh, DUN Bukit Selambau, Kedah dan terakhir DUN Penanti, Penang. Jika tidak kerana halangan SPR, DUN Air Kuning dan Behrang, Perak pun akan berlaku pilihanraya kecil. Kadi kemungkinan PRK Parlimen Bandar Tun Razak tidak mustahil walaupun penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim menafikannya.

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: