Kalam Perantau

Icon

Tahniah! Presiden PAS – Jangan bergantung Dolar Amerika

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS- Marang) berpendapat ekonomi negara perlu dimerdekakan dan tidak lagi bergantung kepada Dolar Amerika.

Sebelum itu, beliau menyarankan untuk menghapuskan sistem riba, pakar ekonomi khususnya digesa mengkaji lebih mendalam alternatif yang terbaik dan berakhlak dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam dan tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep Al-Bai Bithaman Ajil.

Sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009 di Dewan rakyat pada 1 Julai lalu Ustaz Hadi menegaskan, antara muamalat Islam yang perlu dilaksanakan ialah Al-Qardhul Hassan iaitu pinjaman tanpa faedah.

Jelasnya sistem Al-Qardhul Hassan menggalakkan produktiviti yang mana mempunyai barakah untuk menggalakkan rakyat bekerja dengan amanah dan ikhlas. Beliau turut menekankan, muamalat Islam juga perlu diperluaskan di peringkat antarabangsa.

Jelas Presiden PAS itu, sistem perbankan Islam kini telah mendapat perhatian masyarakat di beberapa negara Barat seperti England dan Perancis yang telah melihat kegagalan sistem liberal dan kapitalis. Semua mereka melihat amalan perbankan Islam tidak banyak terjejas dengan krisis ekonomi yang berlaku.

“Kita tahu banyak negara-negara Islam yang kaya membuat pelaburan di negara Barat. 99 peratus mereka membuat pelaburan di sana. Sedangkan di kalangan kita sendiri dalam keadaan yang merempat dan menyalahguna kekayaan.

“Dalam pertukaran wang asing, kenapa kita bergantung kepada dolar Amerika? Kita seharusnya memerdekakan ekonomi kita,” katanya.

Sehubungan itu beliau turut menyarankan agar dinar emas digunakan bagi menggantikan dolar sehingga peringkat antarabangsa khususnya dalam menjalin kerjasama dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan ekonomi negara.

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: