Kalam Perantau

Icon

Tahniah …Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari PAS Perak

Saya mendapat tugas baru yang lagi mencabar sebagai setiausaha BPP Perak. PJ Perak yang baru al Fahil Ustaz Abu Bakar Husein memberi kepercayaan untuk saya menjalankan tugas sebagai Setiausaha BPP Perak bagi menggantikan Tuan Haji Abdul Rahim Mat Arip yang kembali kepada tugas asalnya sebelum ini iaitu Bendahari PAS Perak, iaitu jawatan lama beliau sebelum dilantik sebagai Setiausaha BPP Perak.

Saya telahpun menjalankankan tugas rasmi tersebut sejak beberapa hari yang lalu, majlis serah tugas telahpun disempurnakan baru-baru ini sempena Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perak yang pertama, serah tugas jawatan Bendahari dan Ketua Penerangan juga turut diadakan dalam majlis yang ringkas itu.

Sebagai Setiausaha BPP yang baru, saya akan lebih menumpukan dengan kerja-kerja pengurusan serta pentadbiran parti supaya lebih perkasa, perhubungan pentadbiran dengan seluruh PAS kawasan dan cawangan juga akan menjadi fokus utama supaya PAS di semua peringkat akan bertambah kuat dan perkasa.

Jawatan pula bukanlah satu kebanggaan, tetapi satu amanah yang cukup berat untuk dipikul, namun amanah yang berat itu akan menjadi ringan, apabila tugas itu dijalankan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, bersedia menerima teguran, dilaksanakan dengan semangat jamaie, mengutamakan taqwa, dirancang dengan sistematik dan sebagainya.

 

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: