Kalam Perantau

Icon

POLITIK RASIONAL VS POLITIK EMOTIONAL

Oleh Mohd Suhaimi Al-Maniri

Ketika majlis “Amanat Tok Guru untuk Anak Manek Urai” di sebuah hotel di ibunegara baru-baru ini, Datuk Husam Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menyifatkan pilihanraya kecil ini juga sebagai satu ujian Allah untuk menguji kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pelik juga bila seorang rakan memberitahu, artikel saya dalam kolum ini pada keluaran lepas (Siasah bil: 0156) bertajuk ‘Tempias kepada Nik Aziz jika PAS kalah di Manek Urai?’ dengan tanda soal cuba dipertikaikan hasrat dan niat saya menulis artikel tersebut serta dikaitkan dengan pertanyaan secara emosional yang tidak berapa cerdik berpolitik dalam sebuah blog, Apakah UMNO sudah menguasai Siasah, atau UMNO sudah menguasai minda “orang-orang siasahataudadah UMNO” sudah meresap ke dalam minda sebilangan orang PAS, menyebabkan ketagihan melampau tidak bisa dibendung lagi?

Kenapa saya katakan tidak berapa cerdik berpolitik? Cuba lihat motto Siasah : Kebebasan dan Kelainan. Saya menulis dalam Siasah sejak sebelum saya melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan (MBA) dan sehingga habis ijazah tersebut, saya masih menulis dalam akhbar Siasah. Cuma selepas tamat pengajian MBA, saya tidak lagi menulis dalam ruangan kampus walaupun saya ada saham mengasaskannya. Tidak pernah pada ingatan saya, Siasah mengaku bahawa akhbar ini adalah akhbar PAS. Tidak juga akhbar UMNO. Tetapi Siasah saya difahamkan akhbar bebas yang pro kepada PAS dengan sasaran pembaca yang mungkin cenderong kepada PAS, UMNO, atau apa-apa pegangan politik sekalipun. Hatta kepada yang tidak minat politik sekalipun.

PAS  telah ada akhbarnya sendiri, harakah! Itu imej dan identiti suara PAS. Dibawah pengurusan baru, harakah maju setapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan e-harakah yang telah dilancarkan oleh Presiden PAS sendiri pada Muktamar PAS yang ke 55, di Shah Alam. Dengan adanya e-harakah, kekangan pengedaran konvensional untuk memperluaskan pasaran dapat diatasi selain meningkatkan imej harakah dan PAS itu sendiri dalam dunia siber tanpa sempadan sekarang ini.

Berbalik kepada artikel yang saya tulis itu, jauh sekali menjurus kepada PAS kalah di Manek Urai kerana amat rapuh substance PAS jika kalah dengan artikel yang tidak mencaci mana-mana peribadi. Tetapi dalam analisa tersebut sekadar memberikan peringatan agar PAS Kelantan jangan over confident kerana PAS boleh kalah dalam pilihanraya kecil Manek Urai ini seperti yang pernah berlaku dalam dua pilihanraya kecil di Kelantan sebelum ini, iaitu DUN Semerak (1997) dan Pengkalan Pasir (2005).

Malah selepas PAS kalah di Pengkalan Pasir, Tok Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) berjaya mengemudi kerajaan Kelantan dengan hanya majoriti satu kerusi sahaja (PAS 23; UMNO 22), iaitu DUN Kemuning dengan majoriti 2 undi sahaja.

Saya diberitahu PAS terpaksa membayar harga yang mahal untuk menyelamatkan kerajaan Kelantan yang dikenakan petisyen pilihanraya oleh UMNO. Tetapi disebabkan jiwa politik rasional yang ada pada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan kepimpinan PAS di Terengganu, PAS Terengganu sedia menarik balik semua petisyennya terhadap UMNO di Terengganu dengan syarat UMNO melakukan perkara yang sama terhadap PAS di Kelantan dalam keadaan rakyat Terengganu begitu marah dan tidak percaya kepada ketelusan SPR mengendalikan PRU ke-11 pada Mac, 2004.   

Jika Presiden PAS yang masih menjadi Menteri Besar Terengganu ketika itu (caretaker government) mengamalkan politik emotional ketika itu dan berarak mengikut rentak rakyat yang tidak percaya kepada SPR ke seluruh negeri Terengganu, belum tentu UMNO mampu membentuk kerajaan dengan selesa walaupun telah diisytiharkan  menang dalam pilihanraya yang dipertikaikan itu.

Masyarakat juga melihat Ketua Dewan Ulamak PAS, Ustaz Dato’ Haji Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi juga mengamalkan politik rasional bila mereka masing-masing mengajak para mufti dan pemuda UMNO duduk semeja dan mengadakan wacana ilmiah bagi menyelesaikan masalah umat islam dan juga politik Negara.

Tidak dapat dipastikan sama ada Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah salleh masih meneruskan ataupun tidak politik rasional  membincangkan persoalan wanita Islam bersama Ketua Wanita UMNO Shahrizat Abd Jalil yang telah dicetuskan semasa menjadi Naib Ketua Wanita UMNO.

Kenapa kita terlalu mudah untuk menuduh seseorang itu menjadi Boneka UMNO atau Agen UMNO kepada seseorang yang tidak terbukti adanya trek rekod bersama dengan UMNO ataupun pernah menyertai UMNO. Bagi saya berjumpa dan berbincang dengan UMNO bukan bermakna hendak menyertai UMNO.

Al-Imam As Syahid Hassan Al-Banna seorang tokoh Gerakan Islam pernah berpesan kepada aktivis gerakan Islam, “…yang paling saya takuti berlaku kepada dakwah dan gerakan Islam ialah perselisihan pendapat dan perpecahan di antara kamu”. Diantara sebab yang memungkinkah perpecahan jamaah atau kumpulan Islam adalah;

  1. Pertelagahan yang lebih menampakkan perbezaan pandangan dan pendekatan dalam ertikata “kita berbeza prinsip” mestilah dikendurkan kerana perbezaan itu lebih ketara dalam aspek-aspek cabang sahaja.
  2. Sikap suka melabel-labelkan dalam ertikata ‘kepimpinan ini lebih islamik’ dan “kepimpinan itu tidak islamik’ serta ditambah lagi dengan tradisi menutup pemikiran untuk menilai pandangan orang lain. Begitu juga kurangnya semangat ‘setia kawan’ dan tolak ansur sesama Islam.
  3. Konsep ‘musyawarah’ kurang diutamakan dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian sehingga ia merebak dan merugikan perjuangan Islam itu sendiri.
  4. Budaya taksub kepada kumpulan sendiri dan menolak mentah-mentah pandangan orang lain yang mungkin berbeza pendapat dari kita. Dasar ini juga dikenali sebagai ‘dasar tutup pintu’ dikalangan jamaah-jamaah Islam dengan melabelkan ‘ ini orang kita dan ‘si anu bukan orang kita’.  

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Dengan berbagai isu yang melanda negara dan kekalutan yang berlaku dalam PAS sekarang ini, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan sebuah buku tulisan terbarunya bertajuk ‘Islam Adil Untuk Semua‘.

Intisari buku tersebut bagi mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira banagsa dan agama. 

Ianya, merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam.

Bahkan, buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

Katanya, “Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi”.

Mengikut laporan yang disiarkan lawan webnya, http://presiden.pas.org.my, keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik.

“Orientalis barat Snouck Hurgronje mengungkapkan ‘Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik’ “, jelasnya.
 
Kata Ustaz Abdul Hadi, kesannya Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksanakan undang-undang rimba dan monopoli harta.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: