Kalam Perantau

Icon

Tahniah! Mansuh PPSMI Kemenangan Perjuangan Rakyat

Satu kemenangan untuk  rakyat dengan PPSMI dimansukhkan mulai 2012,  demikian diumumkan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini. Beliau membuat pengumuman jam 2.30 petang 8hb Julai 2009 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
 
Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 – Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 – Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 – Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 – Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 – Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 – Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut “menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.”

Mei 2009 – Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini – sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran “jangan jadikan pelajar bahan ujian” dasar yang “jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara.”

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata “salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya.”

Julai 2009 – Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.Rumusan boleh diambil daripada keputusan ini,

  1. Menunjukkkan bahawa pentingnya rakyat mesti bersatu.
  2. Pas telah mendahului dalam menentang dasar ini sehingga menyaman kementerian pelajaran. Dalam Muktamar Pas pada 5hb Jun 2009 telah menganugerahkan tokoh bahasa kepada Dato’ Ahmad Said, Dr Hassan Ahmad dan Prof Dr. Abdullah Hassan. Menunjukkan bahawa Pas serius dalam isu ini.
  3. Menunjukkan  bahawa Umno adalah pengkhianat bangsa dan bahasa sendiri.
  4. Penglibatan golongan sastrawan seperti Dato’ Samad Said dan Dato’ Dr Hasan Ahmad adalah penyumbang besar kejayaan ini.
  5. Keberanian Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr Shahrir Mohd Zin, Prof Nik Sapiah Karim adalah penyumbang besar kepada kejayaan rakyat. Semangat mereka perlu dicontohi oleh mereka yang berada di menara gading. Jangan kita ada ijazah berjela-jela tetapi mempunyai semangat kerdil.
  6. Tahniah juga kepada semua rakyat yang telah menjayakan himpunan 100 ribu rakyat untuk mansukh PPSMI pada 7 Mac 2009. Sehingga terpaksa menelan gas pemedih mata dan dibelasah oleh FRU.

Filed under: News, , , , , , , , ,

One Response

  1. fairuzaimi05 says:

    kenapa mansuh kan ppsmi? sedangkang sekarang ramai yang menganggur sebab tak lepas interview kerana kurang fasih english?

    sebab pelajar susah nak belajar, atau cikgu yang malas mengajar? pelajar tak faham english, atau cikgu tak nak perbaiki diri sendiri dalam english?

    kenapa tanya tentang ppsmi kepada yang tak berkaitan? kenapa tak tanya tentang ppsmi daripada hasil2 ppsmi?

    kalau nak masuh kan ppsmi, boleh lah lepas ni buat dasar untuk belajar bahasa melayu di universiti🙂

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: