Kalam Perantau

Icon

Manek Urai : PAS dijangka menang majoriti lebih 2,000

Oleh Wartawan Kita

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) – Impian Umno mahu bertapak semula di Manek Urai semakin sukar dengan kehadiran lebih 1,300 pengundi luar yang pulang mengundi sehingga jam 4 petang ini.

Gelombang pasca Mac 2008 nampaknya masih lagi dipertahankan majoriti pengundi di Manek Urai bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham Haji Ismail Yaacob (Paksu Wil).

Menurut sumber sehingga jam 4 petang tadi PAS nampaknya mendahului Umno hampir keseluruhan peti undi. Paling menarik apabila peti undi Manjor yang menjadi kubu tradisi Umno sebelum ini nampaknya tidak mampu lagi dipertahankan.

Petanda yang jelas misi Umno tidak kesampaian apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin difahamkan sudah meninggalkan Manek Urai sedang menuju ke Kota Bharu untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Manakala petugas-petugas Umno di tempat mengundi di Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama sudah meninggalkan tempat tersebut.

Begitu juga di tempat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria sudah keletihan dan mencari tempat berlindung. Keghairahan Umno sudah semakin malap sekarang.

Sekarang hanya tinggal perayu undi PAS yang setia menjalankan tugas.

Menurut sumber Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan setakat ini PAS sudah mendahului sebanyak 2,200 undi setelah 84 peratus keluar mengundi. – mj_

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: