Kalam Perantau

Icon

Tahniah 50 tahun DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM700,000 untuk menjayakan beberapa program diatur sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu 1959-2009 bermula Julai hingga Disember ini.

Yang Dipertua DUN, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, program itu yang disambut bermula hari ini dengan bacaan Yasin di Wisma Darul Iman diambil sempena tarikh pertama persidangan DUN Terengganu pada 27 Julai 1959.

“Bermulanya sambutan ini, kita minta, insyaAllah bekas Speaker dan bekas wakil rakyat, seluruh rakyat, pelajar serta orang ramai untuk menyertai, selain mendoakan mudah-mudahan sambutan mencapai hasrat dan membina 50 tahun serta tahun akan datang lebih berjaya.

“Di Terengganu, kita mahu jadikan sambutan sebagai satu saat penuh makna pada setiap rakyat supaya mereka rasakan apa yang kita miliki hari ini, kemakmuran keselamatan semua ini adalah hasil perjuangan mereka (terdahulu),” katanya kepada pemberita sempena si�dang akhbar Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DUN Terengganu 1959-2009.

Menurutnya, antara program istimewa adalah sidang mini DUN dengan membawa topik ekonomi dan isu yang hebat membabitkan penyertaan sekolah rendah dijangka pada awal Disember depan.

Acara yang bertujuan memupuk sifat kepimpinan akan diadakan dalam studio besar bagi memberi kesempatan kepada orang ramai untuk menyaksikannya, seterusnya memberi sokongan terhadap acara berkenaan.

Acara lain turut diadakan seperti Pertandingan Pidato Rakyat Jubli Emas membabitkan pelajar sekolah menengah dan Wacana Ilmu Jubli Emas yang turut memperdengarkan visi serta misi Terengganu oleh Menteri Besar dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Selain itu, Kuiz Ingat Sokmo Ganu Kita pula menyediakan 30 soalan harian dan 15 soalan terkumpul melalui Terengganufm terbuka kepada seluruh rakyat Terengganu bermula 1 hingga 31 Julai ini.

Kemuncak program adalah majlis makan malam dan Majlis Pelancaran ‘time capsule’ yang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Tengku Putera, sepanjang sambutan itu, pihaknya juga akan memasang ‘billboard’ dengan konsep 1Malaysia.

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: