Kalam Perantau

Icon

Benarkah Raja Muda Perak Minat PAS?

Dr Raja Nazrin Minat PAS – Ustaz Ahmad Awang.

Oleh: ibnuhasyim

Ogos 07 2009 (KL) : Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai 7 wasiat Raja-Raja Melayu menjanjikan kesejahteraan, kedamaian, keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya hari ini, pernah meminati dan ingin benar-benar mengetahui tentang sejarah PAS. Demikan diberitahu oleh Dr Haji Mohd Hasyim editor Blog Ibnu Hasyim di pejabatnya di sini sebentar tadi.

“Hal ini telah diberitahu oleh Ustaz Ahmad Awang, Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS dan Mantan Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Perak kepada saya sewaktu bertemu dengannya bulan lepas. Menurutnya, beliau bersama-sama beberapa pemimpin PAS beberapa bulan sebelum itu pernah bertemu Dr Raja Nazrin membincangkan soal politik Perak, dan Dr Raja Nazrin sangat berminat untuk mengetahui sejarah PAS sejak beliau masih belajar di luar negara lagi. Dr Nazrin bertanya mengenai buku sejarah PAS, dan pihak PAS berjanji akan menyiapkannya dalam 6 bulan lagi.” Jelas Haji Mohd.

“Maka inilah sebabnya saya berminat untuk menyiapkan buku sejarah PAS yang kini sudah 30 bab saya tulis! Pelayar-pelayar Blog Ibnu Hasyim boleh lihat tajuk-tajuk bab sejarah tersebut sebelah kanan muka blog untuk memudahkan mencarinya.” Kata Dr Haji Mohd yang juga pernah menghasilkan puluhan buku-buku sejarah, politik dan agama. Antaranya ‘1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depas PAS Kuasai Malaysia?’ cetakan 1993 setebal 672 mukasurat, ‘Konflik UMNO-PAS, Suatu Penyelesaian Menurut Islam’, ‘Fikrah Maddiyah Cabaran Abad 21’, ‘Personaliti Muslim’, ‘Personaliti Perkahwinan’, ‘Personaliti Muslimat Idaman’ dan lain-lain.

“Saya berhasrat untuk menemui beberapa ahli dan pemimpin lama atau baru PAS yang masih ada bagi melengkap serta menambahkan gambar-gambar atau fakta-fakta.. Saya sangat memerlukan bantuan dari kawan-kawan yang dapat membantu!”

Bila ditanya adakah masa 6 bulan yang dijanjikan kepada Raja Muda Perak itu sudah berlalu, “Barangkali belum habis tempuhnya… saya tak tahu samada janji kepada tuanku sultan itu sudah ditunaikan atau belum?” Jelas Dr Haji Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang. (AK)
 
—————————————————————————————————————————
 
Komen KalamPerantau :
Sebagai seorang bakal Pemerintah atau Pemerintah, baginda mesti mengetahui Sejarah Parti-parti yang berpotensi untuk memerintah. Ini Perkara biasa. Walaubagaimanapun baginda mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mempertahankan kedaulatan Melayu/Islam sebagaimana yang dipersetujui dalam kontrak sosial sebelum ini.

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: