Kalam Perantau

Icon

1 TERENGGANU – FOOD & FRUIT FIESTA (1T3F) Program Pilihanraya?

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Pada 1hb. Ogos minggu lepas beberapa orang rakan menghubungi untuk ziarah dan bertemu dengan saya kebetulan mereka datang ke Kuala Lumpur. Ada yang datang ke Kuala Lumpur untuk menyertai demonstrasi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) –MANSUH pada hari tersebut.

Manakala beberapa pegawai kerajaan Terengganu pula datang untuk mengadakan program 1T3F, iaitu 1 Terengganu Food & Fruit Fiesta pada petang tersebut yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat Malaysia terutama Anak-anak Terengganu diPerantauan (Perantau).

Dalam bahasa mudah, kerajaan negeri Terengganu anjur Pesta Makanan dan Buahan Terengganu bertempat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Banyak makan Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor, akok, rojak kateh, lemang, durian, manggis, duku, langsat dan sebagainya yang disajikan secara percuma untuk pengunjung bermula jam 6 petang hingga ke malam.

Saya turut hadir sebagai meraikan kawan-kawan lama yang ajak datang dan bersua muka setelah agak lama juga saya meninggalkan bumi Terengganu untuk menjadi anak perantauan. Hanya sekadar perantau, bukan pelarian dari bumi Terengganu.

Malah seorang pegawai kerajaan secara berjenaka kepada saya bahawa bagus kerajaan Ahmad Said hari ini, sediakan makanan Terengganu kepada lebih 10,000 anak-anak Terengganu yang turun berdemo di Kuala Lumpur pada petang tersebut.

Lepas habis demo MANSUH ISA di Istana Negara, mereka boleh pakat ramai-ramai datang ke Stadium Bukit Jalil makan makanan dan buah-buahan Terengganu. Beberapa orang ahli politik dan pegawai kerajaan Terengganu serta beberapa warga perantau sibuk berbincang sambil berkongsi membaca Siasah terbaru (Bil: 160) yang keluar pada hari tersebut kemungkinan DUN Negeri Terengganu akan dibubarkan sebagaimana yang dilaporkan ?

 Malah seorang ADUN Terengganu turut bertanya perkara yang sama seelah membaca berita tersebut, benarkah DUN Terengganu akan dibubarkan kepada saya. Malah saya juga ada membayangkan perkara yang sama dalam kolum saya pada minggu sebelumnya. Secara berjenaka saya menjawab kepada ADUN berkenaan, DUN Terengganu akan tetap dibubarkan bila tiba masanya dan ada keperluan untuk berbuat demikian.

Jadi jangan takut hendak berhadapan semula dengan rakyat yang telah memilihnya sebelum ini. Perkara ini telah berulangkali disebut oleh Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Saya juga bertambah yakin tentang perkara ini bila melihat kepada beberapa tindakan politik Menteri Besar Terengganu akhir-akhir ini.

Terbaru adalah kerajaan Terengganu bermurah hati menjamu warga Perantau dengan makanan dan buah-buahan Terengganu julung-julung kalinya di Kuala Lumpur. Bukan setakat ini sahaja, kerajaan Terengganu khabarnya memberikan RM 1 Juta kepada PESAT, sebuah persatuan anak-anak Terengganu di Wilayah Persekutuan/Selangor kononnya untuk membeli bangunan pejabat. Pejabat PESAT dah lama dibeli di Bandar Baru Bangi.    

ADUN BN Terengganu kena cekup SPRM

Belum pun sempat teka teki pilihanraya Terengganu reda, keesokan harinya, Ahad 2hb. Ogos, 2009 seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan. Ketika ditahan, Adun berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan Adun terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

DARI sumber akhbar on-line seorang Adun negeri Terengganu telah dicekup oleh SPRM disebuah hotel di Kijal Kemaman pada 2.Ogos 2009 jam 9.45 pagi oleh pegawai SPRM. dan ditahan reman selama 7 hari oleh mahkamah sesyen Kemaman Terengganu untuk disoalsiasat oleh SPRM. Manaka Akhbar arus perdana,  berita tv milik kerajaan dan swasta terutama tv3 hanya sekedar mengulas secara sepintas lalu. Saolah-saolah berita tersebut tidak ada nialai berita.

Saya menerima banyak pertanyaan dari kawan-kawan yang negeri lain-lain bertanyakan siapa ADUN yang ditangkap oleh SPRM. Disebabkan akhbar-akhbar tidak melaporkan nama ADUN berkenaan kecuali di kemanan sahaja. 

Selain Ahmad Said ADUN Kijal, yang menjadi Menteri Besar Terengganu sekarang, Kemanan mempunyai 3 orang lagi ADUN, iaitu ADUN Chukai, Air Putih dan Kemasek. Pada masa tersebut, andaian adalah seorang ADUN BN kerana tiada ADUN PAS yang menang di Kemaman.

Bila teka teki siapakah ADUN Terengganu yang ditahan SPRM belum terjawab, saya cuba melayari blog-blog ynag ditulis oleh rakan-rakan dari Terengganu. Antara blog yang saya jengok adalah blog yang dipunyai oleh orang kuat Akhbar WATAN sebelum ini yang juga orang kuat UMNO Kemanan, , Zabidi Hj Saidi, http.//memobelakang.blogspot.com.

Saya tidak pasti apakah yang ditulis oleh beliau ini tepat atau tidak. Menurut sumbernya, ADUN yang ditahan tersebut adalah  ADUN BN Kemasik, Rosli Othman. Saya tidak mahu melanjutkan lagi dakwaannya kerana pada saya mungkin ianya bersifat peribadi kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku apatah lagi bila  beliau sempat mempromosikan calon lain sepatutnya menjadi ADUN BN Kemasek.

Tanpa prajudis kepada kes ini yang sedang disiasat SPRM, pandangan peribadi saya mesti dibezakan tugas beliau sebagai wakil rakyat dengan tugas beliau dalam bidang profesyennya. Saya juga berpendapat sekiranya  beliau menjadi consultant dalam bidang profesyen beliau kepada syarikat berkenaan untuk projek diluar bidang tugasnya yang tidak menjadi tugas hakiki wakil rakyat  makan tidak salah beliau menerima imbuhan berkenaan diatas kerja-kerja teknikal yang mungkin dilakukan oleh beliau didalam bidang kepakarannya

Tetapi apapun keadaannya, disebabkan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat, perhatian tertumpu kepada beliau. Terlalu mudah untuk disabitkan sebagai rasuah dalam konteks Malaysia pada hari ini. Apa yang saya masih ingat seorang Timbalan Perdana Menteri dituduh rasuah bukannya dengan penyelewengan berjuta-juta ringgit tetapi dengan arahan kepada polis yang mungkin bukan dibawah seliaannya secara langsung.

Apa pun kita tunggu bagaimana kes ADUN Terengganu ini selanjutnya. Jika UMNO berhajat untuk membuat pilihanraya kecil, DUN Kemasek adalah kerusi yang sesuai bagi memulihkan imej UMNO Terengganu kerana ketika UMNO Teregganu dilanda Tsunami pada PRU ke-10 tahun 1999, kerusi ini masih selamat dalam genggaman UMNO

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: