Kalam Perantau

Icon

Berita menyayat hati ….

Peniaga Jalan Bandar Tunjuk Perasaan, Tuntut Janji Kerajaan    

KUALA TERENGGANU – Lebih 50 orang pemilik perniagaan dan pekerja di premis yang bakal dirobohkan oleh kerajaan negeri Terengganu, berdemonstrasi di hadapan kedai buku Alam Akademik di Jalan Bandar, dekat sini, secara aman pagi ini.

Mereka menunjukkan perasaan adalah kerana tidak puas hati atas sikap Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dan tindakan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu, yang telah memberikan notis yang terlaku singkat kepada mereka supaya berpindah keluar dari premis tersebut.

Para peniaga juga menuntut janji-janji kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibuat semasa pemerintahan kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad sekitar tahun 1994 .

Jurucakap mereka, Cikgu Fauzi Abu Samah, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) berkata para peniaga yang berkumpul dan meluahkan perasaan mereka pada hari ini kerana meminta Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said supaya membuktikan slogan ‘kerajaan bersama rakyat’ .

Filed under: News, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: