Kalam Perantau

Icon

PAS tidak serang peribadi calon

PERMATANG PASIR, 19 Ogos – PAS sama sekali tidak akan menyerang peribadi calon, sebaliknya akan mengeluarkan hujah berdasarkan kelemahan dasar yang dibawa Barisan Nasional (BN), jelas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Respon Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presisen Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Pakatan akan melancarkan serangan peribadi terhadap Rohaizat berhubung isu Majlis Peguam membatalkan lesennya.

Tegasnya lagi, “PAS tidak akan menggunakan pendekatan keras, malah jauh sekali menggunakan isu peribadi, sebelum ini pun kesemua ahli dan kepimpinan parti sudah dilatih untuk menggunakan pendekatan yang tidak mencetuskan huru-hara”.

Sebelum itu, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mendakwa, pembangkang berusaha untuk terus-menerus memusnahkan karakter calon BN itu.

Lantas, dakwaan Zahid itu ditolak tegas oleh Harun Taib bahawa PAS tidak takut melawan BN, malah kenyataan Mahfuz yang memintanya menarik diri dari bertanding perlu dipandang serius oleh BN.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, semua pemimpin Pas yang akan berceramah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sudah diberi taklimat berhubung perkara yang boleh dijadikan isu untuk dijadikan modal berkempen.

Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan semalam menyatakan bahawa Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang dan atas ianya kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi seperti yang didakwa Rohaizat sebelum ini.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: