Kalam Perantau

Icon

17 Pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu !

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Dato’ Kamaruddin Jaafar, mantan Setiausaha Agong PAS yang cukup berpengalaman dalam UMNO sebelum menyertai PAS pada era reformasi 1998/1999  menegaskan bahawa sentimen “pengkhianat Melayu” ini dimainkan demi untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu besar yang melanda rakyat pada hari ini.

Berikut adalah 17 pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu yang sempat disenaraikan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak pada 16 Ogos lalu di Markaz Tarbiah PAS Pusat , iaitu;-

  1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
  2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
  3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
  4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
  5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
  6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
  7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
  8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
  9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
  10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
  11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
  12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
  13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
  14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
  15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
  16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
  17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Permatang Pasir: UMNO silap pilih calon?

Ketika Siasah bil 0162 (16 – 22 Ogos, 2009) berada ada di pasaran pada pagi Jumaat, ramai rakan-rakan telefon dan sms untuk mendapatkan pengesahan benarkah Pesuruhjaya, Ustaz Salleh Man akan menjadi calon PAS apabila menyebut, “saya tidak pasti sama ada Salleh Man ini merupakan calon terbaik PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil ini, tetapi itulah calon yang dilihat sesuai untuk diketengahkan dalam pilihanraya kecil ini”.

Saya hanya menjawab tunggulah pengumuman Presiden PAS pada malam ini (Jumaat, 14 hb. Ogos, 2009), sama ada Presiden mengumumkan nama Ustaz Salleh atau tidak. Begitu jugalah ketika pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang pada bulan April lepas, nama Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin sukar untuk digantikan dengan nama lain walaupun ada beebrapa nama lagi yang layak.

Keadaan sebaliknya berlaku dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dan DUN Manik Urai dimana PAS juga bertanding kerana calon seolah-olah sukar untuk ditentukan lebih awal. Persaingan untuk menetapkan calon yang sesuai berlaku hingga saat-saat akhir. 

Berlainan pula dengan calon UMNO dalam pilihanraya Permatang Pasir pada kali ini. Pemilihan Rohaizat Othman, Setiausaha Bahagian UMNO Permatang Pauh telah mendatangkan masalah baru kepada UMNO dalam menghadapi Pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25hb. Ogos, 2009 akan datang ini.

Media massa mendedahkan pelbagai isu telah timbul terhadap calon Barisan Nasional (BN), Rohaizad Othman selepas beliau diumumkan sebagai calon bari pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir. Isu yang  paling banyak didedahkan oleh media tempatan ketika ini berkaitan penarikan semula  lesen khidmatnya sebagai peguam oleh Majlis Peguam kerana menggunakan wang anak guamnya sebanyak RM140,000.00.

Presiden Majlis Peguam(bar Council), Ragunath Kasavan semalam dalam kenyataannya menjelaskan, Rohaizat Othman ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang. Ragunath sendiri menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau.     

Seorang pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah,  di laman blog peribadinya http://razaleigh.com/ menyatakan kekecewaannya terhadap Rohaizat sebagai calon BN di Permatang Pasir dan mempersoalkan kebijaksanaan pemimpin UMNO, adakah UMNO kekurangan calon sehingga terpaksa meletakkan calon yang mempunyai masalah seperti itu.
 
“Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewangan itu sebagai satu perkara yang remeh,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Sementara  Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dalam satu sidang harian PAS sempena pilihanraya kecil tersebut dengan mempersoalkan bagaimana orang yang melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ kepada koperasi pekebun kecil untuk diberikan tanggungjawan pengurusan persoalan masyarat dan rakyat?

Beliau kecewa kerana calon yang dikemukan oleh BN itu turut menasihatkan supaya Rohaizat menarik diri dari bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir ini, kerana dari sudut moralnya beliau telah hilang kelayakan sebagai seorang calon, ujarnya yang juga Pengarah Jentera Induk PAS bagi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir.

Walaubagaimanapun PAS sama sekali tidak akan menyerang peribadi calon, sebaliknya akan mengeluarkan hujah berdasarkan kelemahan dasar yang dibawa Barisan Nasional (BN), jelas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Tegasnya lagi, “PAS tidak akan menggunakan pendekatan keras, malah jauh sekali menggunakan isu peribadi, sebelum ini pun kesemua ahli dan kepimpinan parti sudah dilatih untuk menggunakan pendekatan yang tidak mencetuskan huru-hara”.

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: