Kalam Perantau

Icon

Mungkinkah ADUN BN Terengganu Masuk PAS?

ADUN BN Terengganu Masuk PAS; “Kalau Ada Permohonan saya Timbanglah….”kata Ustaz Harun Taib 
  
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan PAS tidak mahu menerima mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari ADUN BN yang mahu menyertai PAS.

”Manalah tahu dia (ADUN UMNO) tak masuk (PAS) lagi, kalau ada surat permohonan saya timbanglah,

”kalau semua buat permohonan nak masuk PAS kita timbanglah, sekarang ni tak ada permohonan, jadi (kalau) berbincang, saja aja lah (sia-sia),”jelasnya ketika ditanya pihak media, adakah PAS boleh menerima sekiranya ada ADUN Barisan Nasional (BN) yang mahu menyertai PAS.

Menurutnya sehingga kini tidak ada sebarang pertemuan yang berlaku diantara pemimpin PAS Terengganu dengan mana-mana ADUN BN atau pemimpin UMNO Terengganu.

Beliau menegaskan, tidak tahu menahu tentang berita yang disiarkan oleh sebuah laman media Internet, yang menuduh beliau menjadi penghalang kepada penubuhan kerajaan baru Terengganu.

Katanya, beliau ada berjumpa dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah yang berlangsung di Kertih, Kemaman dua minggu lalu, namun tidak ada sebarang perbincangan berkaitan perkara yang disebut-sebut itu.

”Saya tidak tahu menahu dalam bab ini, maklumat itu tidak sampai kepada saya dan apa yang disebut-sebut itu tidak ada dalam maklumat saya,

”saya ada berjumpa (dengan Anwar) tapi tak bercakap pasal itu, ada berjumpa sekali tempat ceramah di Kemaman, jumpa dia (Anwar) tapi tak bercakap bab ini,”ujarnya kerika ditemui wartawan, selepas Sidang DUN Terengganu, di Wisma Darul Iman semalam

Beliau yang juga ADUN Manir menafikan, ada perjumpaan yang berlaku diantara ADUN PAS dan ADUN BN sebagaimana yang ditulis dalam artikel yang disiarkan oleh Malaysian Insider.

Beliau tidak pasti samada terdapat ADUN BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat, namun katanya beliau pernah menyarankan agar ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid supaya menyertai PKR.

”Tak tahu ada…. kemungkinan ke yang itu nak masuk… nak lompat…. tak (tahu)… saya dulu, dalam Sinar harian saya pernah menyebut,

”maknanya, ada seorang wakil rakyat, wakil Ajil tu, kalau dia sudah tidak dominan dalam UMNO, dia boleh menyeberang ke PKR,”jelasnya

Filed under: News, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: