Kalam Perantau

Icon

Tahniah ! Idris angkat sumpah jawatan menteri

Idris angkat sumpah jawatan menteri

KUALA LUMPUR 2 September — Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines, Senator Datuk Seri Idris Jala, hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Istiadat itu berlangsung di Bilik Singgahsana Pelantikan, Istana Negara. Sehari selepas Idris mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng dan beberapa menteri kabinet.

Idris melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Idris, 51, juga dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang baru diwujudkan.

Sebagai CEO Pemandu, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.— BERNAMA

Filed under: News, ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: