Kalam Perantau

Icon

Rentetan Hari Penamaan Calon PRK Bagan Pinang

Rentetan Hari Penamaan Calon

11.50 pagi : Kedua-dua penyokong calon mula beredar. Keadaan di pusat penamaan calon lengang.

11.30 pagi : Calon kedua-dua parti kini sedang mengadakan sidang akhbar. Helikopter PDRM sedang berlegar-legar kembali diruangan udara sekitar penamaan calon dan kawasan berhampirannya.

11.20 pagi : Sah, hanya satu lawan satu di Bagan Pinang. Pegawai Pengurus Pilihan raya kecil itu, Abdul Wahab Shamsuddin sedang mengumumkan Zulkefly Mohamad (PAS) lawan Tan Sri Isa Samad (BN). Laungan takbir bergema dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.

11.00 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya umum tempoh bantahan calon selama sejam tamat. Semua sedang menunggu pengumuman dari pegawai SPR yang bertugas.10.40 pagi : Pihak polis bertindak merampas gendang yang dimainkan sekumpulan kaum India – penyokong Pakatan Rakyat. Polis sedang meminta penjelasn ketua kumpulan gendang tersebut. Tindakan polis itu bagaimanapun dibantah penyokong Pakatan Rakyat yang lain. Sekarang berada di Balai Polis Port Dickson.

10.30 pagi : Kekecohan kecil yang berlaku sejak pagi tadi bagaimanapun diberitakan masih terkawal.

10.20 pagi  : Hujan lebat mula turun kembali. Penyokong Pakatan Rakyat lari berlindung di bawah khemah yang disediakan di pusat penamaan calon. Ada yang menggunakan payung dan sesetengahnya menggunakan kain rentang untuk berlindung dari hujan.
 
10.10 pagi : Satu lagi ketegangan kecil timbul apabila sebilangan penyokong BN melemparkan botol-botol minuman ke arah kumpulan penyokong Pakatan Rakyat. Penyokong Pakatan menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.

10.05 pagi : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang berucap di hadapan penyokong Pakatan Rakyat. Beliau menegaskan matlamat PAS bertanding adalah untuk menang dan bukan setakat mahu mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang.

10.00 pagi : Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi. Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan.

Diluar, semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat sedang berhimpun. Pertama kalinya penyokong Pakatan Rakyat seramai ini.  

9.54 pagi : Di sekitar luar dewan berhampiran, lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon. Sementara itu, kelihatan pegawai-pegawai SPR bersalaman dengan pimpinanan PAS.

9.40 pagi : Kekecohan berlu disekitar jalan raya sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan calon, 30-50 konvoi bermotor dan 10 buah kereta yang melakukan kekecohan dipercayai didalangi kumpulan BN – membawa bendera BN.

9.38 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Haji Omar bersama calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya Abdul Wahab Samsudin di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Dewan Perbandaran Port Dickson.

9.35 pagi : Aktivis PKR, Shahruddin Abdul Hamid, yang telah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil ini muncul berbaju putih diserbu wartawan media. Beliau yang bertindak keluar dari PKR itu dikatakan akan menyerahkan borang bertanding baru memasuki dewan.

9.30 pagi : Berlaku sedikit ketegangan di luar pusat penamaan calon berikutan kedua-dua pihak mula timbulkan provokasi. FRU kelihatan bergegas ke bawah bagi mengawal keadaan.

9.00 pagi : Sesi penyerahan borang pencalonan secara rasminya telah dibuka. Ia berlangsung selama sejam dan diikuti sesi bantahan, juga selama sejam. Hanya calon, penyokong, pencadang dan pegawai SPR yang dibenarkan masuk.

8.50 pagi : Calon PAS, telah masuk ke dewan penamaan calon. Proses penamaan calon akan berlangsung sedikit masa lagi. Diluar hujan telah reda, tetapi orang ramai sudah basah lencun.

8.40 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar telah sampai ke Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson diringi Presiden PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat. Semua ahli parlimen Pakatan rakyat dan keseluruhan ketua Dewan Muslimat negeri-negeri kelihatan sama tiba di sana.

8.30 pagi : Bersama calon ketika ini ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, AJK PAS Pusat Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Presiden PKR, Azmn Ali dan Pimpinan DAP Perak. Manakala calon BN, Tan Sri Isa Samad baru sampai bersama penyokongnya.

Calon bebas, Shaharuddin Abdul Hamid 15 minit memasuki dewan tadi keluar semula. Dimaklumkan pencadangnya – dari Lukut bukan dari Bagan Pinang. Penyokongnya penduduk Bagan Pinang. Beliau ketika ini sedang mencari pencadang dari kalangan penduduk tempatan.

8.30 pagi : Sejumlah 20 ribu penyokong PAS yang berjalan kaki sejauh 5 kilometer sampai di simpang dewan tempat penyokong Pakatan Rakyat berhimpun. Hujan lebat yang tidak

8.20 pagi : Trafik menuju ke Pusat Penamaan calon masih sesak dengan kenderaan. Menurut laporan petugas kesesakan bermula dari persimpangan masuk ke arah bandar Port Dickson dan Teluk Kemang.

8.00 pagi : Perarakan penyokong PAS masih berarak berjalan menuju ke simpang dewan berkenaan. Perjalanan bermula kembali setelah hujan reda sedikit. Pertama kali hujan mewarnai pagi penamaan calon siri pilihanraya kecil ini.

7.35 pagi : Isteri calon, Saeiah Bt Tarmizi turut berarak menuju ke tempat penamaan calon diirngi YB Zailah dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah.

7.25 pagi : Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sedang berjalan kaki dari Masjid Qariah Bagan Pinang menuju ke Pusat Penamaan calon.

7.00 pagi : Solat hajat akan diadakan pada jam 7.15 pagi – Masjid Qariah Bagan Pinang, berdekatan Markaz Induk PAS.

Sepanjang jalan menuju ke Jalan Pantai – Pusat Penamaan calon mulai sesak.

Jalan raya utama di kawasan itu, Jalan Pantai akan mula ditutup mulai pukul 7 pagi secara berperingkat-peringkat.

6.30 pagi : Lebih 500 orang petugas dari Unit Amal Negeri-negeri sudah mula bertugas seawal selepas subuh bagi menjaga keselamatan lalulintas.

Pusat penamaan calon akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, KM 1, Jalan Pantai bermula jam 9 pagi

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: