Kalam Perantau

Icon

SEPAKAT PETANDA MENANG DI BAGAN PINANG – USTAZ HARUN TAIB

Dengan kesepakatan yang wujud antara komponen parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, Ustaz Harun Taib meletakkan keyakinan untuk PAS mencapai kemenangan dalam menghadapi Pilihanraya kecil di Dun Bagan pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu yang sedang berada di Australia untuk mengadakan lawatan di sana berkata, “Dalam Pilihanraya kecil di Bagan Pinang ini, kita yakin mencapai kemenangan dengan sokongan padu dari komponen parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.”

“Kita harapkan ahli-ahli UMNO memberikan undi mereka kepada PAS dalam Pilihanraya kecil ini, disamping mendapat undian dari pengundi-pengundi Pakatan Rakyat yang sedia ada”, kata beliau yang akan pulang ke Malaysia dalam dua atau tiga hari lagi.

Apabila ditanya tentang target beliau dalam pilihanraya kecil di bagan Pinang. Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Terenganu berkata ketika menghubungi Al-Bakistani pagi tadi, ”Kita meletakkan keyakinan kemenangan PAS dalam Pilihanraya kecil di Dun bagan pinang. Ini dilihat kepada perkembangan politik yang berlaku kebelakangan ini yang banyak berbelah pihak kepada Pakatan Rakyat”

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: