Kalam Perantau

Icon

ZULKEFLY MOHAMAD OMAR BAKAL WAKIL RAKYAT BAGAN PINANG ?

Hari ini (3 Sept, 2009) beliau disahkan SPR sebagai calon PAS dan PR  di Bagan Pinang. Sebagai pemimpin No 1, iaitu Pesuruhjaya di Negeri Sembilan  serta pengalaman hubungan yang cukup rapat dengan pengundi terutama pengundi bukan Melayu membolehkan beliau menjadi calon yang terbaik sebagai Wakil Rakyat Bagan Pinang kerana keupayaannya dan keserlahannya.
 
Saya cukup mengenali beliau kerana pernah bersama-sama dalam sebuah syarakit telekomunikasi hampir sedekad lepas sebelum kami sama-sama meletakkan jawatan dan meninggalkan jawatan yang berpendapatan lumayan. Beliau bertanding dalam pilihanraya umum 1999 di Lenggeng tetapi saya tidak bertanding cuma “balik kampong” sahaja mulai tahun 2000. 
 
Saya sering bertandang di rumahnya atas jemputan untuk makan durian dan juga lihat pokok gaharu.Beliau juga seorang usahawan gaharu yang berjaya, di sekeliling rumahnya dipenuhi dengan benih pokok gaharu. 

Beliau seorang anak muda yang profesional, berhidmat dengan beberapa badan koporat, meletakkan jawatan kerana memberi tumpuan kepada politik. Beliau juga telah beberapa kali bertanding dalam pilihanrayua umum di DUN Lenggeng, walaupun tidak menang, undi yang diperolehi sering meningkat, dalam pilihanraya umum yang lepas, beliau hanya kalah dengan majoriti 1000 lebih sahaja. Dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008, beliau menang di kebanyakan peti undi orang Cina.

Dalam isu insinerator di Broga, beliau adalah juara dalam isu ini, orang-orang Cina dan India cukup menghormati beliau kerana memperjuangkan isu ini. Orang Melayu sahaja yang agak kurang peka dalam isu-isu yang diperjuangkan oleh beliau, sebab itulah di peti undi orang Cina terutamanya di Broga beliu menang besar. Rumahnya sering menjadi tumpuan orang Cina mengadu masalah, kediamannya menjadi pusat khidmat masyarakat.

Melihat kepada kesungguhan dia dan masa depan politik Rakyat Negeri Sembilan, tak rugi jika pengundi-pengundi Bagan Pinang memberikan peluang menjadi Wakil Rakyat mereka dalam pilihanraya kali ini kerana Tan Sri Isa Samad sudah berada dipenghujung karier politiknya. Dari maklumat yang diterima, angin perubahan di negeri Sembilan bertiup kencang bagi menumbangkan BN. Bagan Pinang adalah DUN pertama yang akan ditumbangkan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Insya Allah.

Pada saya, sepatutnya anak beliau, Nazir Tan Sri Isa, seorang aktivis pemuda  bertanding dalam pilihanraya kecil ini menggantikan ayahandanya sebagai meneruskan legasinya  di sini

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: