Kalam Perantau

Icon

Kenapa PD tidak kekal jadi Bandar Pelancongan ?

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Hari ini (7hb. Oktober, 2009)  saya membaca beberapa akhbar nasional berhubung dengan penjelasan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dengan pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri, Datok Seri Najib Tun Razak sebelum ini  tidak akan menjejaskan industri pelancongan sebaliknya memberikan nilai tambah kepada bandar itu.

Beliau dilaporkan berkata,“apabila Port Dickson didistiharkan sebagai Bandar Tentera Darat, ini bermakna kita akan tambah nilaikan Port Dickson sebagai Bandar pelancongan dengan adanya elemen-elemen ketenteraan pada bandar itu. Kita juga merancang untuk melaksanakan beberapa projek termasuk pembinaan padang futsal, gymnasium dan perpustakaan untuk anak-anak tentera yang mana projek itu akan dibuat secara berperingkat”

Kalau sekadar ini projek-projek yang hendak dilaksanakan untuk Bandar Tentera Darat, tiada maknanya kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang yang menempatkan kurang lebih 30 peratus pengundi tentera. Sepatutnya untuk menjadikan Bandar Tentera Darat, Isa Samad mesti mempastikan Universiti Pertahanan Nasional dipindahkan dari Sungai Besi ke Bagan Pinang atau setidak-tidaknya Port Dickson bukannya ke Kuantan bagi mengisi agenda Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Kalau tidak dipindahkan Universiti Pertahanan Nasional ke Port Dickson, apa makna Bandar Tentera Darat kalau sekadar nak bina padang futsal, gymnasium dan perpustakaan untuk anak-anak tentera. Jika begini caranya, tunggulah jika berlaku pilihanraya kecil  di Lumut atau di Kuantan, saya percaya  Bandar Tentera Laut pula akan diistiharkan. Saya tak pasti dimana nak diisytiharkan Bandar Tentera Udara nak diisytiharkan? Begitu juga dimana Bandar Polis nak diisytiharkan?          

Semalam ketika saya pergi ke Port Dickson berjumpa dengan seorang kawan lama, beliau berkata PAS mempunyai peluang memenangi pilihnraya kecil ini jika orang melayu khususnya ahli UMNO masih mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir. Saya pun tanya, apa nasihat Tun Dr. Mahathir yang perlu didengari oleh orang melayu dan ahli-ahli UMNO?

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum penamaan calon yang menegaskan bahawa “Umno-BN akan musnah dan hilang kuasa pemerintahan jika terus mengekalkan calon yang tidak bersih”. Tindakan Mahathir memboikot kempen BN di Bagan Pinang kerana tidak bersetuju Tan Sri Isa Samad dicalonkan juga wajar diberi perhatian oleh rakyat kerana dalam lapan siri  pilihanraya kecil sebelum ini kelibat Mahathir sentiasa ada untuk membantu BN.

Saya diberitahu, disebabkan Bandar Port Dickson bukan lagi destinasi Bandar Pelancongan, ada kalangan anak muda rock cuba menyanyikan semula lagu ITO Blues gang, ‘Apo Nak Dikato’ dalam senikata yang rasanya telah diubah suaikan. Kalau tak silap saya, bunyinya lebih kurang begini;  
 
Poi PD naik keto
Tongah haghi tongah paneh
Apo dayo jual burger
Apo nak dikato
Kalau boleh nak jadi tokeh hotel
Kek Toluk Komang
 
Pantai luas chalet banyak
Pantai awam makin kurang
Sonyi sopi tiado nelayan
Apo nak dikato
Kalau boleh nak ramai ramai
Macam kek Kelantan
 
Tanak nasik bogheh kampong
Masak lomak cili api
Lapangan tobang tak do lai
Apo nak dikato
Ramai oghang poi melancong
Kek Rantau Panjang
 
Batu Ompek Toluk Komang
Tompek oghang tabur duit
Aghi ngundi ponoh sosak
Apo nak dikato
Air laut bertambah kotor
Kek pantai  Port Dickson

Zulkefly Mohamad, Calon PAS Bagan Pinang yang saya kenal

Sejak minggu lepas, hit blog kalam perantau,   https://kalamperantau.wordpress.com sentiasa meningkat dari hari kehari. Ramai yang melayari blog ini untuk mengetahui perkembangan terkini di bagan pinang, tetapi saya tidak pasti berapa ramai yang membaca kolum ini dalam akhbar siasah.  

Begitu juga dengan rakan-rakan kami, saya dan Zulkefly Mohamad bin Omar  pernah bertugas disebuah syarikat telekomunikasi terkemuka ditanahair sebelum ini bertanya tentang peluang Zul untuk menag dalam percubaan keempatnya bertanding pilihanraya.

Sebelum pengumuman calon pada 3hb. Oktober, 2009 ada beberapa kali dia menghubungi saya bertanyakan pandangan kawan-kawan lama perlukah dia bertanding diluar kawasan tradisi ini dalam pilihnraya kecil ini kerana namanya turut berada dalam senarai pencalonan yang dihantar kepada PAS Pusat.

Saya tidak pasti sebelum ini sama ada Zulkefli Mohamad ini boleh menjadi orang politik sejati atau tidak? Tetapi saya lebih mengenalinya sebelum ini sebagai seorang professional dan usahawan sebabnya saya tidak terlibat secara langsung dalam politik. Ketika keluar dari syarikat telekomunikasi berkenaan, beliau menceburi politik dan saya meneruskan minat dalam bidang perniagaan. Malah sehingga setakat ini belum memegang jawatan politik yang membolehkan saya bertanding dalam pilihanraya.

Tapi kami berdua minat berbincang bverhubung dengan politik. Beliau sebagai aktivis politik, tetapi saya sebagai penganalisa politik. Namanya yang agak unik itu diberikan oleh bapanya, Zulkefly Mohamad (ramai yang tersilap menjangkakan Zulkefly bin Mohamad Omar, saya sendiri pun begitu sebelum ini) mungkin sempena Prof.  Zulkefli Mohamad, Timbalan Presiden PAS yang mati kemalangan jalanraya setelah baru memenangi semula kerusi Ahli Parlimen Bachok ketiak Zulkefly Mohamad bin Omar ini dilahirkan pada tahun 1964.

Sama ada Zuklkefly Mohamad bin Omar ini mampu menjadi seperti Prof. Zulkefli Mohamad, bekas Ahli Parlimen Bachok dan Timbalan Presiden PAS yang disanjung oleh kawan dan lawan. Ciri-ciri awal telah ada bila beliau mendapat dokongan padu dari penduduk Broga terutamanya dari kalangan kaum Cina dan dikenali kerana menjadi wira bagi penduduk Broga dalam kempen “No Incinerator”

Walaupun masih gagal memenangi DUN Lenggeng sejak tiga pilihanraya umum yang lepas, 1999, 2004 dan 2008 tetapi undi yang diperolehinya sentiasa meningkat.    Malah dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008, beliau menang di kebanyakan peti undi orang Cina. Manakala dalam pilihanraya umum yang lepas, beliau hanya kalah dengan majoriti 1000 lebih sahaja.

Bagi saya Zulkefli Mohd Bin Omar seorang anak muda berumur 45 tahun yang agak meyakinkan latarbelakang pendidikannya dan teruji ketahanannya dalam perjuangan parti PAS. Apa yang diperjuangkan oleh sdr Zulkefly dan kejayaan beliau memimpin masyarakat berbilang kaum bagi menterjemahkan lambang masyarakat yang maju dan bertamadun sepatutnya meletakkan beliau sebagai orang yang paling layak mewakili pengundi di Bagan Pinang. Inilah calon yang berwibawa ditonjolkan oleh PAS.

Satu lagi keistimewaan beliau adalah adalah seorang yang setia dengan persahabatan. Malah  beliau juga seorang bapa dan suami yang baik serta ketahanan diri untuk terlibat sepenuh masa dalam politik dengan melepaskan jawatan bergaji lumayan walaupun menghadapi  kengkangan kewangan menyara keluarga dan 6 orang anak yang masih belum mampu berdikari.

Saya sering bertandang di rumahnya atas jemputan untuk makan durian dan juga lihat pokok gaharu.Beliau juga seorang usahawan gaharu yang berjaya, di sekeliling rumahnya dipenuhi dengan benih pokok gaharu.

Tidak dapat dipastikan,  Tan Sri Isa Samad kenapa baru sekarang hendak bertanding di Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil ini sedang semasa lebih 30 tahun terlibat dalam politik dan menjadi Wakil rakyat sebelum ini dia memilih DUN Linggi, bersebelahan DUN Bagan Pinang dan Parlimen Jempol. 

Saya merasakan penduduk Bagan Pinang tidak akan rugi jika memberikan satu peluang kepada Zulkefly Mohamad dengan mengundi calon PAS dalam pilihanraay kecil ini.  Saya kira  Zulkefly telah melalui proses itu dan sebagai persediaan diri seorang ahli politik, tidak syak lagi beliau layak diberi kemenangan oleh pengundi di N31 Bagan Pinang berbanding dengan Tan Sri Isa yang sudah sampai kepenghujung karier politiknya. 

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: