Kalam Perantau

Icon

Kopitiam Yang Mempesonakan Tetapi Membebankan!

KADANG-KADANG kerana kita terpesona dengan kebersihan, kenyamanan, layanan dan mendapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh kedai-kedai kopi ala-ala kopitiam yang kini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan, kita tidak menyedari bahawa ada bebanan yang diselitkan ke atas kita selaku penggunaan bila setiap kali makan dan minum di kedai-kedai berkenaan.

Kerana susun atur kedai yang modern, pengurusan yang nampak sistemetik itu; pesanan minuman dan makanan dibuat menerusi borang yang disediakan, panggil pelayan dengan locing kita mempercayai kedai berkenaan berurusniaga penuh profesional dan terhindar dari ‘penipuan’ atau perangkap untuk mempedayakan pelanggan demi mengaut keuntungan berganda.

Kepada anda yang menjadi pelanggan tetap kedai-kedai berkenaan, yang melangut melayar internet dengan laptop dari tengah hari hingga tengah malam, barang kali perlu memberi sedikit perhatian kepada perjalanan atau urusniaga kedai-kedai berkenaan. Apakah kita sebagai pelanggan atau pengguna dilayan dengan adil, saksama dan tidak membebankan serta mendapat manfaat seperti dijanjikan.

Cuba perhatian kepada setiap resit bayaran yang diberikan kepada anda di dalam dulang kecil atau dimasukkan ke dalam ‘bil cover’ yang dibawa pelayan genit selepas anda membuat bayaran. Baca dan teliti betul-betul apa yang dicatat di dalam bil berkenaan.

Di situ selain daripada terdapat perincian makanan dan minuman yang anda pesanan anda akan terjumpa dengan satu catatan berbunyi service charges ataupun bayaran perkhidmatan yang diletakkan dengan angka-angaka bayaran tertentu, misalnya 2% atau 5% ataupun 10%.

Apakah yang dimaksudkan dengan service charges atau bayaran untuk perkhidmatan ini? Perkhidmatan untuk apakah sebenarnya? Dan wajarkan ianya dikenakan ke atas pelanggan?

Apakah perkhidmatan itu dirujuk kepada kemudahan internet, bahan bacaan, tandas percuma (tempat sembahyang tidak ada) ataupun membayar tugas pelayan yang menghantar makanan dan minuman? Kalau service charges ini untuk hal-hal demikian ini bermakna, bohonglah apa yang dikatakan kedai-kedai berkenaan menyediakan kemudahan internet percuma, bahan bacaan percuma ataupun tandas percuma.

Mungkin service charges itu dimaksudkan dengan kemudahana dan keperluan berkenaan.

Bukan itu saja, apa juga yang memusykilkan kadar bayaran service charges ini berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain. Ia nampaknya diambil atau dikenakan mengikut selera kedai berkenaan dan mungkin tidak ada peraturan yang dibenarkan oleh pihak berwajib?

Pengenaan bayaran perkhidmatan ini membebankan dan sangat tidak adil. Bayangkan kalau ianya dikenakan antara lima hingga 10 persen kepada satu meja mengikut kadar yang dibelanjakan. Kalau satu meja berbelanja R20 sahaja kalau cukai itu dikenakan sebanyak 10 persen ini sudah bermakna RM2 untuk satu meja. Bayangkan berapa banyak cukai ini dapat dipunggut kalau kedai itu menerima pelanggan 200 meja sehari? Tidakkah berjumlah RM400.00?

Saya mendedahkan ini kerana ada buktinya. Semalam saya dan seorang rakan singgah di sebuah kedai kopitiam di Rampai Niaga, di Seri Rampai, Setapak. Kami makan sop dan tea. Harga sop dan tea RM20. Service charges yang dikenakan RM2.00 iaini 10 persen. Selepas menyedari service charges itu tinggi saya menghubungi kedai berkenaan untuk bertanya hal itu. Seseorang yang menjawab memberi penjelasan dalam nada yang tergagak-gagak!

Tidak diketahui apakah ada peraturan ataupun kebenaran berakta untuk kedai-kedai begitu membuat dan mengenakan service charge berkenaan? Kalau ada hendaknya Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna menjelaskan perkara ini dan mewajibkan pekedai mempamirkan peraturan secara terbuka kepada pelanggan bagi mengelakkan kekeliruan.

Kalau ada kebenaran bertulis, rasanya charges sampai 10 persen seperti dikenakan kedai itu adalah terlalu tinggi dan membebankan.

Pihak penguatkuasa kementerian berkenana juga harus aktif membuat pemantauan mengenai perkara ini dari masa ke sesama secara rambang. Jangan buat secara berkala (atau memaklumkan dulu untuk buat siasatan) kerana ia mudah untuk dilindungi oleh pekedai yang bersifat lintah darat itu.

Pengguna yang sudah terulik dengan keadaan dan stail kedai berkenaan, tidak lagi akan mempedulikan perkara-perkara kecil merugikannya dan menguntungkan pihak kapatilsime ini. Tidak ada gunanya kerajaan menghapuskan cukai untuk kerajaan sebanyak 5% dengan tujuan meringankan beban pengguna daripada membayar kos yang tidak relevan kalau kejadian mencengkik secara halus melalui service charges keterlaluan ini dibiarkan

Filed under: News, ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: