Kalam Perantau

Icon

Majlis Hari Terbuka Idulfitri PAS Terengganu – Kemeriahan Dalam Kesederhanaan

KUALA TERENGGANU – Majlis sambutan tahunan Hari Terbuka IdulFitri PAS Terengganu yang diadakan semalam (13 Oktober) di perkarangan pejabatnya di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu tetap meriah walaupun sederhana.

Majlis tersebut merupakan ’jambatan’ yang merapatkan hubungan PAS dengan masyarakat termasuk di kalangan para pemimpin parti, ahli-ahli serta rakyat jelata yang berbilang kaum.

Buletinonline yang turut bersama di majlis tersebut dapat melihat kehadiran semua lapisan masyarakat termasuk di kalangan ahli-ahli politik, kakitangan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), lelaki, wanita, orang dewasa, warga emas dan kanak-kanak.

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi itu, berakhir pada jam 3.00 petang dengan penglibatan seluruh kepimpinan parti di peringkat negeri dan kawasan-kawasan seperti Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Penyediaan makanan dan minuman pula disediakan mengikut kawasan-kawasan dengan juadah nasi minyak, mee goreng, satay, ketupat, nasi dagang, tapai, laksa penang dan sebagainya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib serta Jawatankuasa Perhubungan PAS negeri turun ‘padang’ menyambut para tetamu dan hadirin ke majlis tersebut.

Katanya, PAS Terengganu sangat gembira dan berbesar hati dengan sambutan serta kehadiran rakyat ke majlis rumah terbuka Idulfitri ini.

“Saya mewakili PAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih dan sangat berbesar hati dengan kehadiran rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

“Kita (manusia) adalah bersaudara dan PAS tidak memusuhi mana-mana pihak yang berlainan bangsa dan agama. Semua mereka (bangsa) adalah rakyat di negeri ini dan Islam berlaku adil kepada semua,” ujarnya.

Menurutnya, sambutan rumah terbuka Idulfitri ini bagi menjalinkan hubungan dua hala antara pemimpin dan rakyat serta PAS dan masyarakat.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: