Kalam Perantau

Icon

Berjayakah HIMPIT disertai 10,000 Pemuda PAS Terengganu?

10,000 pemuda sertai HIMPIT 10K di Kemaman

KUALA TERENGGANU; 20 Okt (dppkk.org)- Pemuda PAS Terengganu mensasarkan 10,000 ahli menyertai Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2009 pada 30 dan 31 Oktober 2009 di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu berikrar akan menyemarakkan ‘gelombang hijau’ di kalangan pemuda di negeri ini.

Menurutnya, usaha mengumpulkan 10,000 ahli di kalangan Pemuda-pemuda PAS akan dibuat melalui Himpit 2009 akan datang.

“Kita (Pemuda PAS) akan menyemarakkan ‘gelombang hijau’ pada Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2009 di kalangan pemuda di negeri ini.

“Kita (PAS) harapkan himpunan 10,000 pemuda ini akan dapat menyemarakkan gelombang hijau yang akan mengubah negeri kita (Terengganu) ini kepada Islam dan perjuangannya, InsyaAllah,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Hari Terbuka PAS Terengganu, di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, 13 Oktober lalu.
 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata program Himpit 2009 mahu mengajak rakyat membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. 

Katanya, slogan ‘Jom Berubah Bersama Dengan Islam’ akan dijadikan tema kerja ke arah memenangi PRU akan datang. 

Menurutnya, Islam mesti dimenangkan kembali di negeri ini dan rakyat diajak bersungguh-sungguh bagi membuat perubahan tersebut. 

Katanya, Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diharapkan lagi kerana gagal memerangi rasuah dan menyeleweng harta rakyat di negeri ini.”

Filed under: News, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: