Kalam Perantau

Icon

PAS kena ambil langkah drastic lakukan reformasi kepimpinan?

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Setelah beberapa minggu, saya menulis berehubung dengan Bagan Pinang, rasanya tidak perlu lagi saya menulis berhubung dengan perkara ini. Tetapi hari ini Isnin, 19hb. September, 2009 saya menerima SMS dan juga panggilan telefon meminta saya membaca sebuah akhbar harian yang memuatkan tulisan bertajuk Pengajaran dari Bagan Pinang : PAS kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan dalam ruangan Perspektif Dr. Abdul Aziz Bari, seorang Professor mengajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.  

Disebabkan saya kenal kenal penulis ini walaupun tidak rapat, maka saya mencari akhbar berkenaan untuk melihat tulisan seorang yang bertaraf mahaguru atau professor ini. Tanpa ada analisa dan kajian akademik dilakukan, beliau terus membuat kesimpulan, “…mungkin sudah sampai masanya PAS membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datok Dr. Hasan Mohamad Ali atau terus menyingkirkannya terus…”

Saya tidak berhasrat untuk membela Dato’ Dr. Hasan Ali atau sesiapa dalam hal ini termasuk Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Tetapi pada saya adalah tidak adil kepada Presiden PAS, dengan mendakwa Abdul Hadi adalah watak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS, lebih-lebih lagi menuduhnya mewakili golongan pro UMNO menyebabkan Dr. Hassan tidak diambil tindakan.

Saya tidak fikir, seorang pakar undang-undang seperti Prof. Dr. Aziz Bari boleh menulis dan membincangkan perkara sebegini besar (penyingkiran seseorang pemimpin kanan parti) mengikut pertimbangan peribadi sahaja tanpa membentangkan fakta kesalahan yang dilakukan individu berkenaan (tidak cukup dengan portal berita mengatakan Hasan dilihat menjadi liabiliti kepada pakatan umumnya dan PAS khasnya) tanpa  membincangkannya ini mengikut  undang-undang tubuh parti berkenaan. 

Begitu juga dakwaan beliau, jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini mungkin akan berkurang sokongan juga tidak ada asas dan data kajian yang dilakukan. Kajian Merdeka Center, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan, sekitar 43 peratus tidak yakin kemampuan pakatan untuk memerintah peringkat persekutuan; 21 peratus pengundi yang berada diatas pagar kemungkinan besar akan berpihak kepada BN semula selepas ini tidak ada kena mengena dengan kepimpinan Presiden PAS secara langsung.

Umum hanya melihat sama ada Anwar Ibrahim boleh menjadi aset atau liabiliti kepada Pakatan. Pemimpin-pemimpin lain sama ada dari PKR, PAS atau DAP hanya dilihat sebagai pelengkap kepada cita-cita Anwar Ibrahim meneruskan cita-citanya menjadi Perdana Menteri dari luar kelompok UMNO.    Kegagalan Projek 16 September, 2008 telah menghilangkan keyakinan sebahagian besar rakyat terhadap kemampuan Pakatan mengambil alih kerajaan pusat tanpa melalui pilihanraya seperti yang dilakukan oleh BN di Perak.

Terlalu awal untuk saya mengulas sama ada Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah mempunyai kemampuan untuk memimpin parti atau tidak setelah beliau dilihat oleh Prof. Dr. Aziz Bari mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Mohd Fadzil Noor yang meninggal dunia pada tahun 2002.

Satu kajian perlu dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP) secara objektif untuk mempastikan bahawa organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu. Jika dakwaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari ini tepat, saya merasakan bukan setakat Pesuruhjaya PAS Terengganu sahaja, malah Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS yang berasal dari Terengganu pun kena belajar membentuk organisasi yang lebih baik, setidak-tidaknya setanding organisasi PAS di Kedah dengan Ustaz Azizan Abdul Razak.

Ijtimak Kepimpinan PAS Terengagnu dapat sambutan hangat

Sabtu, 17hb. Oktober, 2009, saya dan beberapa sahabat yang merantau hadir di Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu untuk melihat suasana perkembangan PAS selepas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-11 (2004) dan ke-12 (2008). Kehadiran melebihi ruang yang ada (muat untuk kira-kira 3000 org saja). Nampak ada semangat yang menyeluruh untuk melakukan “perubahan” selaras dengan tema yang dipilih, Perubahan Untuk Kemenangan Islam.

Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu kali ke-13 telah diadakan di Dataran Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Kubang Lembek pada 16-17hb. Oktober, 2009. Setelah satu dekad, Ijtimak kepimpinan PAS Terengganu kembali semula ke tempat pertama kali ianya diadakan pada tahun 1999 dahulu. Beberapa bulan selepas Ijtimak kepimpinan PAS Terengganu diadakan, PAS berjaya menawan Terengganu dalam pilihanraya umum ke-10 pada November, 1999.   

Semua peringkat kepimpinan dari cawangan, kawasan dan negeri nampaknya bersedia untuk bergerak ke hadapan. Melihat kepada sambutan dalam ijtimak pada kali ini, jika PAS Terengganu berjaya mengembelingkan semua tenaga petugas dari semua peringkat dengan melupakan sejarah hitam pada tahun 2004 lalu, tidak mustahil PAS/Pakatan Rakyat akan kembali semula menguasai bumi Terengganu dalam pilhanrayua umum ke-13 nanti.

Setakat yang saya sempat ikuti ijtimak-ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu sebelum ini, belum pernah ada lagi professor turut menjadi pembahas ucaptama Presiden PAS menyebabkan  mutu perbahasan yang cukup memuaskan.  Secara umumnya, perbahasan dan pembentangan perwakilan pada Ijtimak itu lebih menumpukan kepada isi perubahan tersebut.

Ucapan salah seorang perwakilan yang berasal dari Batu Burok yang sempat saya catat berhubung dengan isi perubahan yang dikemukakan pada hari tersebut adalah ;

1. Kembali semula kepada PAS sebagai Jamaah Islamiah di samping meningkatkan kualiti penglibatan politik. Ini bagi menjelaskan kekeliruan antara PAS sebagai sebuah jamaah dan PAS sebagai sebuah parti politik. Kami melihat, perkembangan semasa telah “mengheret” PAS kepada perjuangan politik semata-mata, sehingga mula meninggalkan kerja-kerja lain sebuah jamaah Islam. Antara isu yang ditimbulkan ialah, telah berlaku suatu bentuk masalah kepimpinan di mana pemimpin PAS yang kurang relevant dalam politik (seperti mereka yang ditolak rakyat dalam pilihanraya) telah menjadi tidak relevant kepada PAS. Mereka mula menjadi kurang penting kepada Jamaah. Ini adalah satu kerugian yang sangat besar, memandangkan mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas. Walaupun mereka tidak diterima sebagai seorang wakil rakyat (YB), tetapi mereka sepatutnya terus relevant dan aktif dalam PAS sebagai sebuah jamaah.

2. Pembentukan Budaya Kerja Berperancangan. Hampir semua masalah yang makin banyak berlaku di dalam PAS sekarang ini berkait dengan budaya kerja kita di semua peringkat yang kurang  berperancangan. Budaya ini perlu dibangunkan biarpun sukar dan mengambil masa yang panjang. ianya harus bermula di peringkat kepimpinan.

3. Penyelarasan antara Kawasan, Cawangan dan MTD perlu dilakukan segera. Kami berpendapat, wujud suatu jurang yang besar dari segi operasi kerja antara Kawasan dan Cawangan. Bilangan cawangan yang bertambah menyebabkan Kawasan menjadi terlalu besar dan sukar untuk beroperasi. Cawangan pula mungkin tidak mempunyai kepimpinan dan tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti.  Perkembangan terkini menunjukkan kebanyak gerakerja berpusat dari Majlis Tindakan DUN ( MTD), sedangkan MTD adalah sebuah organisasi sementara (asalnya) yang memberi penumpuan kepada kerja-kerja pilihanraya sahaja. Ini sekaligus menyebabkan kerja-kerja selain politikal ini dikebelakngkan.

Seorang perwakilan lain dari Besut ketika bersembang dengan saya semasa ijtimak berhenti rehat berpendapat, penumpuan mestilah diutamakan kepada Tarbiyyah dan Dakwah (TnD) selain dari politik. Baginya, TnD ini merupakan nadi kekuatan sebuah jamaah Islam seperti PAS. Apabila TnD lemah, akan timbullah seribu satu permasalahan. Dia mencadangkan, penubuhan sebuah Majlis TnD atau setidak-tidaknya sebuah Jabatan Pengurusan Tarbiyyah dan Dakwah di peringkat badan Perhubungan PAS negeri. Katanya, Majlis/ Jabatan ini beroperasi dengan menstrukturkan semula sekurang-kurangnya dua lajnah sedia ada iaitu Lajnah Penerangan dan Dakwah, dan Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan. 

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: