Kalam Perantau

Icon

Komen

Komen: Mesyuarat Khas tidak kemana jika pencetus berbagai isu kebelakangan ini lempar batu sembunyi tangan. Orang hanya nampak jurucakap sahaja, yakni Tok Guru Nik Aziz sedang tok dalang tak dihadapkan ke muka pengadilan. Sepatutnya sebelum mesyuarat khas diadakan pada hari rabu ini, satu Suruhanjaya ala-ala Surahanjaya Diraja dibentuk oleh Majlis Syura untuk menyiasat perkara ini dan kemudia mengemukakan laporan kepada Mesyuarat Khas untuk dibincang dan dibahas sebelum keputusan dibuat.

 
NIK AZIZ : MOGA KEMELUT SELESAI 
 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap mesyuarat khas PAS pusat Rabu ini dapat menyelesaikan kemelut isu kepimpinan parti walaupun tiada Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata sama ada EGM ataupun mesyuarat khas PAS ia sama saja asalkan ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.

“Tidak apa asalkan benda yang sama, dulu orang Arab tidak boleh ziarah kubur tetapi Nabi Muhammad ubah boleh ziarah kubur,” katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS tidak akan mengadakan EGM seperti yang dicadangkan Nik Abdul Aziz sebelum ini, sebaliknya mengadakan mesyuarat khas Pas pusat bagi membincangkan isu parti.

Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul am itu.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang ke mesyuarat khas Pas pusat itu.

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: