Kalam Perantau

Icon

Amanat Presiden Melegakan

Amanat dan taklimat Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS kepada pimpinan PAS Negeri dan Kawasan-kawasan seluruh Perak di Markaz PAS Air Kuning petang tadi melegakan semua yang hadir.

Datuk Seri Presiden berada di Perak bagi menghadiri jemputan ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Bagan Serai. Mengambil kesempatan tersebut, PAS Negeri Perak memanfaatkan kunjungan Presiden ke Perak dengan menganjurkan majlis amanat dan taklimat Presiden kepada semua pimpinan negeri dan kawasan-kawasan.

Dalam amanat & taklimat serta diikuti dengan soal jawab, Datuk Seri Presiden telah menjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul akibat mainan media.

Semua pimpinan kawasan yang hadir merasa puas hati dengan penjelasan tersebut. Media BN sering melaporkan bahawa berlaku perpecahan dalam parti, dengan penjelasan Presiden dapatlah disimpulkan bahawa yang berlaku bukan perpecahan dalaman tetapi perbezaan dan perselisihan pendapat yang boleh diselesaikan dengan kaedah yang bijaksana.

Datuk Seri Presiden juga memberi amanat penting kepada pimpinan PAS Kawasan agar membuat persiapan yang bersungguh-sungguh bagi menghadapi kemungkinan berlaku pembubaran DUN Perak. Jentera pilihanraya di semua peringkat hendaklah bergerak lebih aktif dan agresif. – Misbahul Munir Masduki

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: