Kalam Perantau

Icon

Elak tindakan mengundang fitnah – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Nov : Selain agama melarang membuat dan menyebarkan fitnah, tindakan dan perbuatan yang mengundang fitnah juga wajib dielakkan.

Naib Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tanggapan atau persepsi salah terhadap parti dan pimpinan mestilah dicegah supaya ianya tidak merebak menjadi besar dan merosakkan perjuangan parti itu sendiri.

Justeru katanya lagi PAS mempunyai akhlak jemaah yang mesti dipelihara dan sebarang perselisihan pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang sedia ada.

“Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jamaah kita hentam. Kita ada saluran.

“Jangan kemukakan ketidak-puasan hati melalui media baru,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan di ‘Seminar Memperkasa Parti‘, di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa PAS sebuah parti yang sentiasa terbuka kepada kritikan dan teguran.

Tambahnya lagi, sebarang matlamat yang baik tidak menghalal cara atau perbuatan yang menyalahi agama atau dasar parti.

Yang penting ialah untuk uruskan perbezaan pendapat dan bukannya ‘melebarkan‘ lagi perbezaan pendapat yang sedia ada, kata Naib Presiden itu.

Jangan gadai prinsip Islam. Nak menang tapi jangan gadai untuk dapatkan undi,” katanya kepada lebih 1,000 peserta yang hadir.

Selain itu, beliau turut menasihati agar PAS dan pimpinan serta ahlinya tidak leka dengan pujian yang mengundang rebah malah para penceramah juga mesti memastikan hujah dan ceramah disampaikan bukan sekadar ‘syok sendiri’.

Ceramah berjaya memperkukuhkan semangat antara kita tetapi belum tentu dapat menarik generasi baru yang lain,” katanya.

Selain itu, beliau juga yakin, sebarang masalah yang dihadapi parti dapat diurus dengan baik, sungguhpun acapkali menghadapi pelbagai cabaran dan fitnah.

“Setakat ini, PAS membuktikan tiada antara wakil rakyatnya yang lompat parti dan PAS juga terbukti berjaya dalam menguruskan masalah,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS mahu menajdi parti yang besar untuk mengambil alih kerajaan sedia ada dan oleh itu soal untuk berkerjasama dengan Umno tidak timbul sama sekali.

Kita nak ganti Umno, bukannya bersama Umno.

“Akhir sekali yang penting ialah, kita mesti mendukung keputusan parti,” katanya yang berucap 20 minit selepas dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya) membentang hujah dan kajian mereka. Harakahdaily/-

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: