Kalam Perantau

Icon

Anwar rakam terima kasih, puji cara PAS selesai masalah

Mohd Sabri Said   
GEORGETOWN, 9 Nov: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih dan memuji PAS kerana terus meletakkan komitmen memperkasa Pakatan Rakyat.

Berucap pada Konvensyen PKR Pulau Pinang semalam, Anwar kagum dengan sikap PAS yang matang membuat keputusan dan pandai menjaga setiakawan.

“PAS ternyata sebuah parti yang komited dengan Pakatan Rakyat, matang dan bijak menangani permasalahan yang timbul. 

“Saya juga berterima kasih dengan kepimpinanya yang sedaya upaya memperkemaskan pemuafakatan yang sedia ada demi perjuangan memartabatkan Negara berkebajikan, ” tegasnya.

Kepimpinan PKR katanya wajar mengambil tauladan sikap dan kebijaksanaan kepimpinan PAS agar parti itu terus kuat untuk masa hadapan.

Anwar turut memuji sikap ahli PAS yang berdisiplin tinggi, kesungguhan, sanggup berjuang bila-bila masa dan pandai membaca strategi musu.

“Itulah kelebihan PAS, ia mampu mendidik ahli dengan displin yang tinggi, memupuk kesungguhan, istiqamah dalam perjuangan dan lainya.  Ia adalah berkat kematangan kepimpinan parti yang mengutamakan perjuangan, ” tambahnya.

Bagi memantapkan Pakatan Rakyat, beliau turut menasihatkan agar semua pihak dalam pakatan tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain kerana ia memberi ruang untuk musuh menyerang pakatan.

Sebaliknya mengeratkan jalinan permaufakatan untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyatt mampu menandingan BN yang kini semakin lemah dan sedang mengalami penyakit kronik yang sukar diubati.

Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan dinasihatkan agar mengukuhkan perpaduan dan sering turun padang bertemu rakyat dengan mewujudkan program bersama mereka dan jangan bersikap ego atau sombong.

“Kita baru nak mula bertapak khusunya di pantai barat semenanjung mesti kerja kuat dan kepada kepimpinan PKR diingatkan tambahkan ahli serta perkuatkan jentera di akar umbi, ” kata Anwar.

Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul mahu semua parti dalam pakatan berusaha bersungguh sungguh ke arah persediaan menuju putrajaya.

“Untuk memenuhi hasrat kita ke Putrajaya apa yang penting ialah usaha gigih ke arah itu disamping mencipta kesungguhan ahli dan jentera di akar umbi. 

“Kegigihan itu harus dilaksanakan oleh semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, ” tegas beliau seterusnya

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: