Kalam Perantau

Icon

Jentera IT PAS Pusat digerak untuk tangkis fitnah blog

Oleh : Seri Iskandar weblog[SI]

[..]Selepas seminar khas yang diadakan di Taman Melewar, PAS mulai tersedar bahawa serangan daripada kumpulan bloggers tertentu telah menimbulkan kegelisahan sebahagian besar ahli dan penyokong PAS. Serangan-serangan itu kadang-kadang terlalu tidak beradab dan menghina.

Mengumpamakan pimpinan PAS dengan pimpinan UMNO dan melaga-lagakan pimpinan tertinggi PAS dan kemudian membandingkan dengan pimpinan PR yang lain dengan mengatakan pimpinan-pimpinan tersebut lebih hebat daripada pimpinan PAS, adalah sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang bermain. PAS adalah berbeza dan keputusan yang dibuat oleh PAS adalah keputusan kolektif..[.] – sumber [http://seriiskandar.wordpress.com/2009/11/09/pas-mulai-gerakkan-jentera-itnya/]

Pimpinan dan ahli PAS mulai tersedar bahawa mereka selama ini dihanyutkan oleh media alternatif yang dikuasai oleh mereka yang ada agenda tersendiri atau yang merapu tanpa agenda. Kerana itu PAS mesti melakukan sesuatu untuk menerangkan kebenaran dan mentanggah fitnah yang ditimbulkan.

Konsep kerahsian dan keterbukaan yang diamalkan dalam Islam, memerlukan kepada mereka yang amanah dan jujur terhadap perjuangan Islam ini.Konsep seranglah mereka sebagaimana mereka menyerang kamu juga adalah perlu dilakukan oleh mujahid PAs yang terkenal dengan keberaniannya menentang ketidak adilan. Jika kita mahu berlaku adil, kita semua kena bertindak adil, iaitu secara Islam kerana Islam itu adil.

Arahan daripada Presiden PAS untuk menggerakkan jentera ITnya amatlah kena pada masanya sekarang ini kerana fitnah-fitnah mulai bertabur dengan serangan-serangan daripada pihak-pihak tertentu sebelum mereka menimbulkan fitnah yang lebih besar. Usaha Ketua penerangan PAS bagi mengumpulkan bloggers PAS dalam satu konvensyen, juga merupakan usaha kearah itu.

Pimpinan PAS bukannya untuk disenda gurau dengan gelaran-gelaran tertentu. Jikalau ahli-ahli PAS yang mengangkat mereka dalam muktamar, maka ahli-ahli PAS tersebutlah yang patut mempertahankan mereka. Jikalau ahli-ahli PAS merasakan mereka tidak diperlukan kerana ada pimpinan yang lebih baik, mereka jugalah yang akan menaikkan pimpinan yang mereka mahukan, bukan orang atas pagar atau ahli-ahli parti lain.

PAS patut menunjukkan taringnya kepada musuh-musuh bila diperlukan, menunjukkan kasih sayangnya kepada mereka yang jahil dan menunjukkan kemampuan dan ketegasan mereka dalam menangkis sebarang fitnah yang ditimbulkan.

Filed under: News, ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: