Kalam Perantau

Icon

Nik Aziz anggap siasatan PMBK ‘mainan blog’

KOTA BHARU, 9 Nov (Berita Harian): Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diketuai menantunya, Mohd Ariff Fahmi Abdul Rahman, sebagai angkara mainan penulis blog yang cuba mencetuskan masalah.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi PMBK berkata, terpulang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya, kerana siasatan terhadap perbadanan itu bukan perkara baru.

Katanya, jika tuduhan yang dilemparkan menerusi laman blog terbukti tidak berasas dan bertujuan khianat, penulisnya akan menanggung dosa, tetapi jika benar, beliau mengucapkan terima kasih terhadap pendedahan itu.

“Ini kali kedua (PMBK disiasat) tapi (sebelum ini) tak ada apa pun, ini mainan blog orang tertentu yang nak buat masalah, ikut dialah,” katanya ketika ditemui media di rumahnya dekat Pulau Melaka, semalam.

Nik Aziz mengulas laporan akhbar sebelum ini berhubung tindakan SPRM menyerbu pejabat PMBK di Jalan Kuala Krai di sini, Khamis lalu, sebelum dipercayai beredar selepas mengambil fail dan dokumen bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, Nik Aziz menyifatkan hasratnya menyedarkan semua pemimpin dan ahli Pas sudah tercapai menerusi seminar memperkasakan parti itu kelmarin, seterusnya membawa mereka kembali ke landasan sebenar dalam usaha meraih kembali kepercayaan rakyat.

Mengulas mengenai tahap kesihatannya, katanya, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selama dua hari sejak Jumaat lalu selepas mengalami pendarahan di mulut.

“Ketika bangun tidur jam 1.30 pagi (Khamis lalu), darah penuh di mulut saya dan saya ingat disebabkan limpa atau jantung, tetapi bila buat pemeriksaan, doktor mengesahkan tiada masalah, rupanya gusi dan tekak.

“Ketika itu saya rasa berdebar sungguh hati, tak pernah berlaku pendarahan begitu banyak. Hari ini (semalam) rasa segar sikit, tetapi selera makan tak ada lagi, pagi ini pun tak makan lagi,” katanya.

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: