Kalam Perantau

Icon

Cadang bukan Islam bantu Baitulmal – ADUN Bangi

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar mengemukakan cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya membenarkan orang bukan Islam turut menyumbang kepada Baitulmal agar dapat memberikan faedah kepada semua kaum tanpa mengira agama.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan mengatasi kekurangan sumber yang dihadapi Baitulmal yang sebelum ini penyumbangnya terhad kepada orang Islam sahaja.

Cadangan itu dikemukakan selepas pertanyaan mulut oleh ADUN Paya Jaras, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor yang ingin mengetahui prestasi Baitulmal Selangor dalam menguruskan harta masyarakat Islam kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN), semalam.

“Baitulmal berbeza dengan zakat yang menjadi kewajipan kepada orang Islam dan hanya boleh digunakan untuk kegunaan mereka. Kita kena bezakan antara zakat dan Baitulmal yang sepatutnya menggunakan konsep terbuka kepada masyarakat dan tiada kaitan dengan konsep agama.

“Masalah Baitulmal kekurangan sumber kerana kita hanya membuka kepada orang Islam untuk memberi sumbangan tetapi masalah ini boleh diatasi jika dibuka kepada bukan Islam. Ini dapat dilakukan jika kita tidak mengaitkan Baitulmal dengan konsep agama,” katanya.

Sementara itu, Dr Hasan berkata, penelitian dan kajian terperinci perlu dilakukan kerana Baitulmal biasanya dikaitkan dengan orang Islam.

Beliau juga meminta Dr Shafie turut menjadi salah seorang panel utama semasa penelitian itu dibuat.

Dr Hasan berkata, salah satu sumber Baitulmal adalah dalam bentuk amanah yang bersifat sementara dan perlu dipulangkan semula kepada pemilik asal apabila dituntut.

“Untuk pengetahuan ADUN Bangi, inilah sebenarnya yang dilakukan oleh Baitulmal, pendapatan Baitulmal agak terhad, pendapatannya daripada hasil sewaan, syubhah, faraid, daripada wang-wang dan pulangan daripada projek pembangunan hartanah dan sumbangan daripada masyarakat.

“Hasil ini sangat terhad, maka ia hanya digunakan untuk menampung perbelanjaan, untuk mengurus operasi dan pembangunan masjid itu sahaja,” katanya.

Menurut Dr Hasan, pendapatan Baitulmal ketika ini terdiri hasil sewaan, faraid, syubhah, pulangan projek pembangunan hartanah dan sumbangan masyarakat tetapi kesemua jumlah itu terhad.

Selain itu, pendapatan itu turut digunakan untuk menampung perbelanjaan mengurus operasi dan pembangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Filed under: News, , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: