Kalam Perantau

Icon

Abu Hasan bukan lagi ADUN: Speaker Kedah ?

YAN – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail semalam menegaskan bahawa Datuk Abu Hasan Sarif bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukannya.

Beliau berkata, Abu Hasan telah hilang kelayakan selepas ADUN Kota Siputeh itu gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah buat keputusan yang lain, saya anggap bertentangan dengan peruntukan 51 UTKK, jadi saya minta kepada mahkamah semak semula keputusan SPR.

“Jadi sementara nak semak, mengikut pandangan kita, kedudukan dia (Abu Hasan) bukan lagi anggota Dewan sejak 17 Ogos lalu, tidak timbul subjudis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas isu pembatalan surat jemputan kepada Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN pada 17 November ini.

Abdul Isa berkata, surat berkenaan telah dihantar secara umum yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan kepada anggota-anggota dewan.

“Setelah mendapati surat berkenaan turut dihantar kepada beliau (Abu Hassan), saya sendiri telah membatalkannya,” katanya. – Bernama

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: