Kalam Perantau

Icon

Dr. Asri tidak dipelawa sertai UMNO

KUALA LUMPUR 11 Nov. (utusan) – Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin memberitahu beliau tidak dipelawa menyertai UMNO dalam pertemuannya dengan Bendahari Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Mohamad Aziz di Parlimen malam ini.

Sebaliknya kata beliau, pertemuan yang turut disertai 15 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu adalah untuk memperjelaskan kontroversi penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.
“Ini perbincangan biasa, sebahagian Ahli Parlimen tanya apa yang sebenarnya berlaku, masuk politik adalah pintu terakhir jika saya langsung tak boleh bercakap.

“Saya juga terima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel jangan masuk mana-mana parti, saya rasa sokongan ini kerana saya tidak berparti, kalau berparti habislah saya,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Dr. Mohd. Asri ditahan oleh JAIS pada 1 November lalu ketika menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dari JAIS di sebuah rumah di Taman Seri Ukay, Hulu Kelang.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Asri berkata beliau risau hubungan diplomatik negara terjejas apabila ada pihak menuduhnya sebagai Wahabi dan kemudiannya merujuk kepada Arab Saudi.
Katanya, tindakan melepas geram itu umpama marahkan nyamuk dengan membakar kelambu sehingga semuanya kerugian.

“Apa jadi hubungan negara kita sebagai sebuah negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), akan ada implikasi negatif,” katanya.

Filed under: News, , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: