Kalam Perantau

Icon

PAS alu penyertaan Dr Asri – Azman Shapawi

PAKA – Pas sentiasa meng-alu-alukan mana-mana individu berminat untuk menjadikan parti itu sebagai platform menegakkan keadilan dan kebenaran, apatah lagi berdakwah bagi menjadikan Islam sebagai agama yang diterima semua manusia.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, jika bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedia menyertai politik terutama Pas sebagai jalan terakhir sebagai usahanya menyebarkan dakwah melalui ceramah yang difahamkan terpaksa berdepan dengan banyak halangan, maka Pas sentiasa menerima tokoh ilmuwan Islam itu dengan hati terbuka.

“Dalam usaha berdakwah, Nabi Muhammad SAW sendiri menyeru umatnya supaya tidak melakukannya secara bersendirian, jadi dalam isu ini, menyertai jemaah adalah sebaik-baiknya kerana berdakwah itu bukan kerja peribadi.

“Kita alu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai jemaah kita (Pas) sama ada ahli akademik, tokoh seni, ahli bahasa, ahli sukan, apatah lagi beliau (Dr Asri) yang sebelum ini merupakan tokoh agama disegani,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paka berkata demikian ketika mengulas pertemuan Dr Asri dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sesetengah pihak sebagai titik awal berkemungkinan bekas mufti itu akan menyertai Pas, walaupun tujuan terbabit dinafikan tokoh ilmuwan Islam di negeri Indera Kayangan itu.

Bagi Pemuda Pas pula, Timbalan Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani menyifatkan jika Dr Asri nekad menjadikan Pas sebagai platform dakwahnya, maka ia mampu untuk menarik sokongan lebih ramai golo-ngan profesional ke dalam Pas.

“Pas adalah sebuah parti yang sudah lebih 50 tahun berjuang untuk mendaulatkan Islam, jadi pemilihan Pas sebagai platform Dr Asri amat tepat dengan keper-luan usaha dakwahnya.

“Sebagai bekas mufti, beliau mesti mempunyai pengikut tertentu, terutama golongan cerdik pandai, jadi kita mengalu-alukan penyer-taannya ke dalam Pas,” kata bekas calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu.

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: