Kalam Perantau

Icon

Penyebar Maklumat Palsu mula hilang pedoman!

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Tulisan saya dalam ruangan Komentar dalam Siasah Bil: 0173 (8-14 November, 2009) berhubung dengan Media baru dan budaya fitnah menular di internet,  tidak ramai yang ambil peduli berbanding dengan tulisan minggu sebelumnya (Siasah Bil: 0172 (1-7hb. November, 2009) yang diberikan tajuk, Ke Mana PAS selepas ini?, yang tidak diulas dalam konteks penulisan tersebut tetapi sebaliknya ada wartawan dan penulis sebuah media berorientasikan Islam telah hentam keromo didalam blognya.

Saya tidak bercadang mengambil ruang ini untuk komen berkenaan kritikan yang berbentuk peribadi apatah lagi setelah saya membaca komen Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS dalam akhbar  tempatan yang menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diketuai menantunya, Mohd Ariff Fahmi Abdul Rahman, sebagai angkara mainan penulis blog yang cuba mencetuskan masalah.

Katanya, jika tuduhan yang dilemparkan menerusi laman blog terbukti tidak berasas dan bertujuan khianat, penulisnya akan menanggung dosa, tetapi jika benar, beliau mengucapkan terima kasih terhadap pendedahan itu.

Sementara itu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan dalam akhbar dalam talian Harakahdaily dan web parti berkenaan (http://www.pas.org.my) menyelar pihak-pihak yang menggunakan IT sekarang untuk menyebarkan maklumat salah sehingga menimbulkan fitnah.

“Kena ingat, fitnah ini besar dosanya,” katanya. Beliau meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS ketika memberikan ucapan di majlis perasmian sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat di Hotel Quality, Shah Alam, pada 8hb. November, 2009.

Haji Hadi juga mengingatkan seluruh jentera parti agar menggunakan pendekatan dakwah yang lebih banyak menerang daripada menyerang kerana matlamat PAS adalah untuk menyelamatkan manusia. Beliau juga tegas mengingatkan ahli parti supaya tidak mengamalkan budaya menuduh dan menghukum kerana boleh membawa kepada fitnah dan dosa besar.

Saranan Abdul Hadi dilihat selaras dengan usaha Lajnah Penerangan PAS Pusat yang sedang berusaha menganjurkan Konvensyen Blogger PAS dalam masa terdekat. Para aktivis blogger PAS  diminta untuk menghantar email ke –  penerangan.paspusat@yahoo.com   atau hubungi Sekretariat Penerangan PAS Pusat ditalian 03-2692500 ext 310 sebelum 13 November 2009 (Jumaat) bagi menghadiri konvensyen ini.
 
Benarkah Hadi umpama ‘Pak Lah versi PAS’ ?

Tindakan Prof Dr. Abdul Aziz Bari mempertikaikan kredebiliti kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sehari sebelum program berlangsung dalam akbar dalam talian, malaysiakini yang dianggapnya sangat lesu sehingga boleh diumpamakan “Pak lah versi PAS” tidak dapat dipertahannya bila beliau hadir dalam Seminar Politik – Memperkasakan Parti yang disertai lebih 1,000 pemimpin PAS akar umbi di Markaz PAS taman Melewar pada 7hb. November lalu.

Ternyata apa yang saya duga dalam tulisan saya (Siasah Bil: 0171, 25 – 31hb. Oktober, 2009) bertajuk, PAS kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan? ternyata benar …. saya tidak fikir seorang pakar undang-undang seperti Prof. Dr Aziz Bari boleh menulis dan membincangkan perkara sebegini besar mengikut pertimbangan peribadi sahaja.

Saya menghadirkan diri untuk mendengar tuduhan ini secara langsung tidak kesampaian bila Dr Aziz tidak mengulangi tuduhan tersebut dihadapan Presiden PAS yang berjiwa besar turut sama untuk mendengar tuduhan tersebut secara langsung.

Sebagai kenalan saya bersimpati dengan Prof Dr. Aziz yang dihentam bertubi-tubi oleh ahli-ahli PAS bila beliau tidak dapat memberikan data-data dan analisis yang meyakinkan sebagai seorang ahli akademik yang dikagumi ramai sebelum ini.

Saya tidak pasti sama ada terbentuk satu persepsi baru dikalangan ahli-ahli PAS, bahawa tulisan-tulisan Aziz Bari selepas ini tidak lagi menjadi rujukan utama seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi didalam blognya.

Seminar Memperkasakan Parti berakhir dengan 5 resolusi yang mungkin tidak ada kena mengena dengan isu atau matlamat asal ianya diadakan. resolusi-resolusi yang diluluskan ini tetap penting, iaitu; 

  1. Memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13
  2. Bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan
  3. Menyalurkan kesemua pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara
  4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS
  5. Membuat satu “Pelan Tindakan” bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau “PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.

Walaubagaimanapun resolusi berkaitan dengan kepimpinan PAS yang menjadi punca EGM diadakan tidak tidak dinyatakan dan diperhalusi. Ini akan menyebabkan rumah siap, pahat masih berbunyi.

Tetapi bila Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpuashati berhubung dengan Seminar Khas ini, tumpuan pemimpin-pemimpin PAS semua peringkat selepas ini adalah kepada memperkasakan PAS bagi menghadapi Pilihanraya umum ke-13.

Filed under: Siasah, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: