Kalam Perantau

Icon

Kota Siputeh: Pas sudah ada calon?

ALOR SETAR 17 Nov. – Pas negeri sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding sekiranya Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh diadakan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya telah mempunyai beberapa calon dan akan memberi keutamaan kepada individu yang boleh diterima rakyat di kawasan berkenaan.

“Ia melibatkan DUN, kita kena cari orang yang sentiasa boleh berada di situ,” katanya yang juga Menteri Besar Kedah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2010 di DUN di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan kerusi DUN Siputeh kosong ekoran kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut.

Bagaimanapun, Azizan berkata, ia bergantung kepada Jawatankuasa Politik Negeri yang akan bermesyuarat dengan Pas kawasan Jerlun bagi memutuskan calon bakal bertanding di DUN berkenaan.

“Apa pun, kita (Pas) memberi keutamaan kepada calon yang boleh diterima rakyat di kawasan Kota Siputeh,” tambahnya.

Ditanya adakah calon dari luar negeri ini juga akan dipertimbangkan, beliau berkata, ia terpulang kepada jawatankuasa berkenaan dan Pas Jerlun untuk membuat keputusan.

Sementara itu, Azizan mengakui bahawa tidak mudah bagi Pas memenangi pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh kerana ia merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

“Kita kena usaha lebih kerana sejak dahulu kita tidak pernah menang di Kota Siputeh, kalau menang pun di Parlimen Jerlun dua kali pada 1969 dan 1999,” kata beliau.

Sumber : Utusan

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: