Kalam Perantau

Icon

Tahniah!50 Tahun PAS Kawasan Kuala Nerus

 

PAS Kawasan Kuala Nerus baru sahaja selesai menyambut Jubli Emas sempena genap 50 tahun penubuhannya pada tahun 1959 yang lalu. Sepanjang tempoh 50 tahun itu,sudah tentu terdapat banyak peristiwa pahit manis  yang membawa nostalgia kepada mereka yang terlibat sepanjang perjalanannya sampai ke hari ini.

Dalam tempoh separuh abad itu, seramai empat orang Yang Dipertua telah diamanahkan sebagai peneraju PAS Kawasan ini. Mereka ialah Haji Ismail Abas (1959 – 1969), Haji Hashim Embong (1969 – 1971), Ustaz Haji Awang Abu Bakar (1971 – 2001) dan Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah (2001 – sekarang). (Gambar – ‘Serikandi Hijau’ Kuala Nerus berdiri sama gagah meneruskan perjuangan mereka yang terdahulu)

Yang Dipertua yang pertama dan kedua telah pergi mendahului kita. Sementara Yang Dipertua yang ketiga dalam keadaan yang sangat uzur.

Dalam tempoh itu juga, seramai 10 orang Setiausaha telah berkhidmat dengan penuh cemerlang. Mereka terdiri daripada Haji Mustafa Mohd Zin (1959 – 1967), Syed Shafie Tuan Baharu (1967 – 1969), Abd Rahim Abd Rahman (1969 – 1977), Haji Mokhtar Haji Mohd (1977 – 1979), Ustaz Haji Abidin Embong (1979 – 1981), Mohamad Haji Abdullah (1981 – 1983), Haji Hussin Ismail (1983 – 1985), Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah (1985 – 2001), Zakaria Dagang (2001 – 2009) dan Haji Tuan Chik Tuan Muda (2001 – sekarang). Tiga daripada mereka, iaitu Haji Mustafa, Syed Shafie dan Haji Mokhtar telah berpulang ke rahmatullah.

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: