Kalam Perantau

Icon

PAS : Tindakan Disiplin Perlu Disamping Perlaksanaan Resolusi Seminar

SETIU – Dewan Muslimat PAS Terengganu menggesa agar kepimpinan tertinggi parti menilai dan memperkemas serta menghalusi resolusi yang dicapai dalam Seminar Khas pada 7 November 2009, lalu, supaya masalah yang timbul tidak berulang.
 
Ketuanya, Safinah Jusoh (Gambar kiri) berkata para perwakilan dan peserta terbabit tidak meminta pimpinan tertinggi parti menerima ‘bulat-bulat’ resolusi tetapi perlu diperkemaskan sebelum dilaksanakan.

“Kita (Muslimat) minta pimpinan tertinggi PAS memperkemas dan memperhalusi resolusi yang dihasilkan dalam Seminar Khas itu.

“Kita (PAS) sudah bincang dan semua wakil-wakil kawasan dan negeri hadir dalam seminar yang menggantikan Muktamar Khas Tergempar (EGM),” tegasnya

Puan Safinah yakin sebarang perselisihan pendapat yang berlaku di kalangan pemimpin parti boleh diselesaikan dengan perlaksanaan resolusi yang dikemaskini itu.

Namun demikian, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim (Gambar kanan) berpendapat, walaupun Resolusi seminar tersebut dilaksanakan sepenuhnya, masalah dalaman PAS mungkin berulang dan tidak akan selesai.

Menurutnya, masalah yang timbul dalam mana-mana organisasi, termasuk PAS adalah, apabila ada ahli-ahlinya yang tidak patuh kepada keputusan dan dasar parti.

Oleh itu, katanya sekiranya tiada apa-apa tindakan yang diambil keatas mereka yang melanggar keputusan dan dasar parti, maka, kemelut yang ada akan berterusan.

”Parti kena ambil tindakan kepada mereka, ahli-ahli yang melanggar disiplin, yang tidak mematuhi keputusan dan dasar (parti),

”sekiranya jawatankuasa disiplin mendapati mereka (bersalah), maka tindakan yang sewajarnya perlu diambil samada gantung atau lucut keahlian atau mana-mana yang sesuai dengan kesalahan yang dilakukan,”tegasnya.

Beliau berharap perlantikan Jawatankuasa Disiplin Parti baru-baru ini akan melaksanakan tugas dan benar-benar tegas.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: