Kalam Perantau

Icon

Husam Musa mahu berundur?

PETALING JAYA, Nov 22 — Spekulasi mengenai kedudukan Datuk Husam Musa dalam pentadbiran kerajaan negeri dan PAS Kelantan terus diperkatakan dengan laporan terbaru mendakwa beliau telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan pertengahan minggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti.

Mingguan Malaysia dalam laporannya hari ini menyifatkan ia sebagai “satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.”

Kelmarin Husam (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah wujud konspirasi kalangan “pihak luar” untuk menggulingkan beliau dari pentadbiran kerajaan negeri, yang diterajui Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semalam dalam tulisan blognya, orang kanan Husam, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dikenali sebagai blogger Kickdefella berkata, beliau mahu dan gembira jika Husam meninggalkan pentadbiran kerajaan negeri dan PAS.

The Malaysian Insider juga difahamkan Husam pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar Kelantan tiga kali oleh Nik Aziz termasuk ketika pemilihan PAS pusat pertengahan tahun ini.

Husam pernah dianggap sebagai “anak emas” Nik Aziz.

Laporan Mingguan Malaysia menyebut, hasrat Husam untuk meletakkan jawatan tidak dipersetujui oleh Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula semalam kepada Husam yang juga Exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Husam tidak menghadiri mesyuarat badan perhubungan PAS Kelantan yang dipengerusikan oleh Nik Aziz pagi semalam.

Nik Aziz juga tidak memberikan sidang media atas alasan kurang sihat.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Ariffahmi kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Mohd. Zaki Ibrahim dipetik berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.

Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

“Husam bertemu dengan Nik Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.

“Nik Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini,” kata sumber itu dipetik Mingguan Malaysia.

Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

“Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.

“Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Aziz mentadbir negeri ini,” katanya.

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: