Kalam Perantau

Icon

Blogger dan Etika Penulisan

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Kewujudan blog dan blogger macam cendawan tumbuh selepas hujan sekarang ini, saya kira mengulangi apa yang berlaku dengan era dot.com sedikit masa dulu. Pada mulanya begitu hangat dan mendapat sambutan meluas, selepas itu mula perlahan dan bertahan ala kadar sahaja apabila hasil yang diharapkannya tidak setimbal dengan pelaburan yang dikeluarkan.

Fenomena blog ini saya jangka akan mengulangi perkara yang sama. Pada saat-saat kemunculan ini, ianya nyata senjata ampuh bagi kewujudan sebuah media baru yang tiada tapisan dan halangan lagi apa yang hendak dimuatkan sama ada ianya benar ataupun palsu serta fitnah sahaja.

Sebagaimana tulisan saya berhubung dengan Media baru dan budaya fitnah diinternet (Siasah bil. 0173; 8-14hb. November, 2009) dan kemudiannya, Penyebar Maklumat Palsu mula hilang pedoman! (Siasah bil. 0175; 22-28hb. Nove,ber, 2009) setelah melihat serangan peribadi dengan menggunakan kaedah “pembunuhan karakter”  diamalkan blogger-blogger tertentu dengan mengada-adakan cerita-cerita fitnah yang tidak disahkan terhadap peribadi-peribadi tertentu termasuk saya sendiri.

Maruah dan kredebiliti blogger

Saya yakin Tuan Guru Nik Aziz, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan lain-lain pemimpin politik tidak mengendalikan sendiri blog-blog yang melibatkan mereka seperti tokguru.com atau chetdet.com dan lain-lain tetapi mereka mungkin membenarkan nama mereka digunakan sebagai blogger. Sudah semestinya mereka juga bertanggungjawab terhadap blog berkenaan.

Blog https://kalamperantau.wordpress.com berkaitan dengan tulisan saya dalam akhbar Siasah dikendalikan oleh pihak lain sebagai moderator tetapi disebabkan blog itu, maka semudah itu saya pun dianggap blogger. Mahu tidak mahu saya perlu mengambil tahu kandungan dan perjalanan blog berkenaan kerana apa-apa yang melibatkan blog berkenaan akan dilihat saya yang bertanggungjawab sepenuhnya.

Sebagai contoh mudah untuk melihat kredebiliti seseorang blogger begitu mudah. Sudah tentu kita tidak dapat mengesahkan cerita-cerita fitnah terhadap orang lain tetapi saya dapat mengesahkan cerita-cerita fitnah terhadap diri saya yang dilakukan oleh blogger-blogger tertentu.

Bila blogger-blogger berkenaan tidak pula menyiarkan penafian saya terhadap penglibatan saya sama ada secara peribadi atau mewakili organisasi yang dinyatakan atau berada dalam blognya berkaitan apabila saya menafikannya dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam yang dihadiri sebahagian besar pemimpin-pemimpin utama PAS termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung PAS, Ketua Penerangan PAS, Ketua Muslimat PAS dan lain-lain termasuk akhbar dalam talian Harakahdaily maka saya dapat mengesahkan bahawa blog berkenaan tidak bertanggungjawab terhadap apa yang disiarkannya.

Disini kita melihat dimana etika penulisan blogger berkenaan ataupun wartawan yang menjadi blogger yang mencetuskan fitnah tersebut. Jadi pada saya, blogger-blogger ini tidak bertanggungjawab dalam mencari kebenaran tetapi sekadar mensensikan sesuatu isu bagi mencapai hit (kunjungan) ke blog masing-masing untuk perniagaan menjual iklan ataupun kepuasan peribadi tanpa memikir kesan yang diterima oleh pihak yang difitnah. 

Jadi kepada pengunjung-pengunjung blog, kita hendaklah berhati-hati menerima maklumat yang disampaikan melalui blog-blog ini lebih-lebih lagi bila Tok Guru Nik Aziz Nik Mat  mengatakan ada angkara penulis-penulis blog yang mencetuskan masalah.

Begitu juga bila Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menegaskan dan mengingatkan ahli parti supaya tidak mengamalkan budaya menuduh dan menghukum kerana boleh membawa kepada fitnah dan dosa besar.

Sementara,  Ustaz Abdul Gani Samsudin, Pengerusi ICT Pas Pusat yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS menyarakankan tiga (3) langkah jangka panjang yang boleh dijadikan polisi dan garis panduan oleh parti khususnya Lajnah ICT dan Lajnah Penerangan dalam membudayakan dan memanfaatkan MEDIA BARU seperti blog dan media-media sosial lain sebagai alat komunikasi dan sebaran maklumat secara pantas dengan lebih bertanggung jawab dan berhikmah:

Tanggung Jawab Kepimpinan dalam Memanfaatkan ICT dan Media Baru – Kepimpinan dan ahli-ahli PAS perlulah memikul amanah dan pertanggung jawaban dengan apa jua maklumat yang berpunca dari diri mereka. Kepimpinan terutamanya, akan tetap memikul tanggung jawab kepimpinan walaupun penulisan peribadi mereka, samada di tulis sendiri atau melalui wakil, telah dipapar dan disebarkan melalui media baru seperti blog dan facebook. Masyarakat melihat dan menerima penulisan kepimpinan sebagai mewakili organisasi walaupun ditulis atas kapasiti peribadi. 

Memanfaatkan Laman Web Rasmi PAS untuk Sebaran Maklumat Rasmi Organisasi – JITP telah sekian lama mewujudkan platform dan laman web rasmi parti di alamat web ”pas.org.my”. Namun, platform dan laman web rasmi PAS ini telah tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh kepimpinan PAS di semua peringkat. Penyebaran maklumat melalui laman web rasmi ini boleh disebarkan dengan lebih bertanggung jawab dan terurus, melalui proses penyebaran yang selamat.

Memantau Saluran Media Baru demi Mengurangkan Mafsadah dan Fitnah – Pimpinan parti perlu meyakini ungkapan berikut, ”Miscommunications Breed Wrong Perceptions”, boleh menimbulkan pelbagai mafsadah dan fitnah sebagai sebahagian mehnah perjuangan di era maklumat ini. Maka, sudah tiba masanya untuk diwujudkan satu badan ”New Media Watch” yang memantau saluran-saluran media baru (seperti blog dan media sosial) agar kandungannya dipastikan menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri. 

Tindakan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad mengadakan Konvensyen Blogger PAS pada 20hb Disember ini yang melibatkan blogger, ajk penerangan dan ajk ict PAS amat kena pada masanya.

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: