Kalam Perantau

Icon

Tahniah! Ustaz Azizan berkhutbah Aidiladha di kampung sendiri

Oleh : MOHD SHUBIHI MUHAMAD ZAIN

YAN: Kegembiraan jelas terbayang di setiap raut wajah para jemaah Surau Paksu Mat di Kampung Tengah, Sungai Limau Dalam tatkala bersua muka dan beramah mesra dengan wakil rakyat yang disayangi di pagi hari raya Aidiladha.  

Rata-rata jemaah yang memenuhi setiap ruang surau itu merasa amat bertuah apabila buat pertama kalinya dapat menunaikan solat sunat hari raya bersama dengan Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selepas bergelar Menteri Besar Kedah.

Ustaz Azizan yang dibesarkan di kampung itu turut diberi penghormatan menyampaikan khutbah hari raya korban.

Ketua Kampung Tengah, Isa Bakar berkata, Ustaz Azizan sebelum ini sering menunaikan solat sunat hari raya dan berkhutbah di situ ketika belum lagi menjadi Menteri Besar.

“Kehadiran beliau kali ini lebih bermakna kerana buat pertama kalinya surau kampung ini dikunjungi oleh seorang Menteri Besar untuk berhari raya bersama-sama penduduk di sini walaupun dalam kesibukan kerjanya.

“Beliau membesar di sini, penduduk kampung amat berbangga apabila anak kampungnya yang kini sudah bergelar Menteri Besar tidak melupakan tempat asalnya dan kembali ke kampung halamannya untuk bersama-sama menyambut hari raya dengan penduduk kampung,” katanya.

Ustaz Azizan turut meluangkan masa kira-kira sejam bersama-sama para jemaah sebelum beredar dari situ selepas selesai bersolat sunat Aidiladha.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: