Kalam Perantau

Icon

Apa la nasib BN….KURUP AKUI PBRS KURANG MEMBANGGAKAN

KURUP AKUI PBRS KURANG MEMBANGGAKAN   

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup Isnin mengakui bahawa parti itu belum mencatat pencapaian yang membanggakan sejak ianya ditubuhkan 15 tahun lepas.

“Kita harus kaji kenapa ini berlaku. Kalau terus keadaan ini, kalau tiada tulang belakang untuk memajukan parti ini, maka parti ini akan lenyap.

“Setiap tahun kita adakan mesyuarat agung tahunan tapi kesan belum lagi kelihatan. Kita harus kaji kesilapan kita,” katanya ketika merasmikan perhimpunan perwakilan tahunan ke-14 pergerakan Pemuda dan Wanita PBRS di sini Isnin.

Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, meminta anggota PBRS supaya mengkaji kelemahan dan kekurangan dalam parti itu, kerana jika tidak, PBRS akan lenyap pada masa depan.

Beliau berkata perbuatan berebut kuasa dalam parti juga mempunyai risiko tinggi untuk membawa kepada kemusnahan.

“Kalau ada orang mahu rampas kuasa, tidak dapat tunggu (hingga giliran), sebenarnya bukan saja boleh memecahbelahkan kita, tetapi juga melenyapkan parti,” katanya.

Kurup berkata memang secara semula jadi pemimpin akan melihat golongan muda sebagai pengganti mereka dan akan menyerahkan kepimpinan kepada orang muda pada masa yang sesuai.

“(Tetapi) dalam proses kita memilih pengganti juga kita mesti cari yang berkaliber, memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat dan berdisiplin, serta mempunyai pengalaman yang cukup. Dan pengalaman ini kita perolehi dari orang yang lama juga, itulah hakikatnya,” kata beliau

Filed under: News, , , ,

UMNO keluar BN ?

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan penyokong Pas yang mengadakan perhimpunan mendesak parti itu supaya keluar Pakatan Rakyat (PR) sebagai penyokong buat-buat dan menganggapnya seumpama permainan wayang kulit memandangkan mereka yang terbabit itu didakwa bukanlah ahli parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, jika ahli UMNO boleh meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat, Pas juga boleh bertindak sebaliknya kepada UMNO dengan meminta parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN). :

“Semalam saya buat kenyataan dan sebut kepada setiausaha saya, kalau orang UMNO boleh minta Pas keluar daripada Pakatan, maka saya minta daripada UMNO keluar daripada BN untuk bersama dengan Pas dengan syaratnya dia (UMNO) tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. :

“Kedua, apabila mereka bersama dengan kami, dan Pas sendiri dalam Pakatan sekarang, maka dia kena terima, DAP pun kena terima sama. PKR pun kena terima sama. Sekiranya mereka sanggup bersama dengan kami UMNO kena tukar dasar yang dibawanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009, di sini, semalam.

Beliau berkata, disebabkan Pas di dalam PR maka UMNO juga perlu menerima warga PR itu sekali.

“Ia lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada sekarang ini,” katanya dengan nada sinis.

Mengulas kemungkinan perhimpunan itu didalangi pihak tertentu Nik Abdul Aziz berkata: “Didalangi tu perkara biasa bagi golongan sekular ini. Sebenarnya orang Pas ni dah masak dah. Sejak tahun 1991 lagi macam-macam perkara dibuat.”

Filed under: News, , , , , , ,

Umno/ BN Kononnya Membela Rakyat, Tapi Yang Senang Adalah Wakil Rakyat !

DUNGUN – Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta rakyat memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli.

Menurutnya adalah tidak profesional sebagai seorang Menteri Besar meminta sokongan dari rakyat kepada partinya dalam majlis yang dianjurkan dengan peruntukan kerajaan.

”Sumbangan kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan, ia menggunakan peruntukan kerajaan, duit rakyat, bukannya daripada duit parti,

”tidak munasabah sebagai seorang MB meminta rakyat menyokong partinya,”tegasnya ketika ditemui selepas Majlis Pemberian Sumbangan Pakaian Sekolah, di sini, Ahad 27 Disember.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahmad Said meminta ibu bapa yang hadir memilih Umn/BN dalam pilihanraya akan datang ketika berucap dalam satu Majlis anjuran Yayasan Terengganu baru-baru ini.

Sehubungan itu, kata beliau, walaupun PAS bukan sebuah parti yang memerintah namun wakil-wakil rakyatnya tetap memberikan sumbangan dan bantuan kerana ia adalah merupakan satu tanggungjawab

Oleh sebab itu, katanya, wakil-wakil rakyat PAS tidak hidup mewah kerana keutamaan dan kepentingan mereka adalah kepada rakyat.

Katanya, ia bukanlah satu ‘retorika’ yang hanya cakap-cakap kosong sebagaimana slogan yang dibawa oleh Umno dan BN, ‘Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan’.

”Cuba kita tengok hari ini, bila bercakap bahawa keutamaan (adalah) kepada rakyat, tapi bila naik, yang senang pemimpin-pemimpin yang jadi wakil rakyat,

”lihat kereta masing-masing, lihat rumah masing-masing, lihat pakaian kemegahan masing-masing,

”tapi bila turun ke kampung (bertemu rakyat), (mereka berkata) kita akan bela rakyat, kita akan akan bela (orang) Melayu,”jelasnya

Justeru, beliau berkata, rakyat harus menilai parti yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, atau parti yang berkhidmat dengan wang rakyat.

”Sebab itu sangat penting bagi kita (rakyat) menilai dan memilih (PAS) parti yang terus memberikan sumbangan walaupun tidak sebuah kerajaan, bayangkanlah kalau PAS menjadi kerajaan,”ujarnya ketika berucap dalam di Majlis tersebut.

Seramai 87 orang anak-anak Ibu Tunggal dalam DUN Sura telah diberikan sepasang pakaian sekolah, sempena pembukaan sessi baru persekolahan tidak berapa lama lagi.

Filed under: Uncategorized, , , , , , , ,

PRK 2010: Pro-M UTM Menghantar Memorandum kepada Naib Cancelor UTM

Oleh: proM-UTM

SKUDAI: Pro-Mahasiswa Universiti Teknologi Mahasiswa hari ini telah menyerahkan satu memorandum kepada Naib Canselor UTM bagi menyuarakan suara mahasiswa UTM berhubung Pilihan Raya Kampus yang akan diadakan tidak lama lagi

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Naib Chancelor UTM melalui Pembantu Peribadi beliau, oleh Pengerusi Pro-Mahasiswa UTM, Nur Azim Fahada bin Ahmad.

Pertemuan antara Azim Fahada dan empat wakil Pro-Mahasiswa yang lain bersama pihak pentadbiran Universiti berlangsung kira-kira 2 jam.

Ketika ditemui selepas di perkarangan Pusat Islam UTM yang hanya terletak di hadapan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Azim berkata pro-mahasiswa terpanggil untuk menyatakan tuntutan agar Pilihanraya Kampus akan datang dapat dijalankan dengan adil setelah melihat PRK lalu yang terdapat banyak kelopongan.

Menurut Azim lagi, mereka mengambil tindakan menghantar memorandum tersebut adalah untuk menyemarakkan lagi gagasan Budaya Ilmu dalam pada seluruh peringkat di UTM. Hal ini adalah bagi memperbetulkan segala kecatatan yang terdapat pada Pilihan Raya Kampus terdahulu supaya PRK yang akan datang dapat memperlihatkan kematangan semua pihak khususnya dalam perlaksanaan bidang politik kampus.

“Dalam pertemuan tadi, perbincangan kami lebih tertumpu kepada bagaimana semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan Pelan Pembangunan Mahasiswa dan melestarikan pembudayaan ilmu di semua peringkat”

Sementara itu, ketua jentera Pilihanraya Pro-Mahasiswa, Mohd Amin bin Hamami yang turut memberi kenyataan menyebut bahawa pihak pentadbiran menyambut baik wakil mereka dalam menyuarakan isu tersebut.

“Pihak pentadbiran telah memberi maklum balas yang baik kepada kami dan kami sebagai mahasiswa akan bersama-sama turut membantu dalam menjayakan gagasan ini. Kami akan melakukan persaingan yang baik agar hasrat murni ini dapat terlaksana.” ujarnya merujuk kepada persaingan yang akan berlaku dalam merebut kerusi majlis Perwakilan Mahasiswa nanti.

Berhubung dengan memorandum tersebut, Amin berkata, pihaknya telah menggariskan enam tuntutan bagi perhatian pihak pentadbiran universiti.

Antaranya ujarnya adalah berkaitan dengan tuntutan agar nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dapat ditukar secara rasmi dengan nama yang baru iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) selaras dengan transformasi UTM yang mana telah menggunakan perkataan “Mahasiswa” bagi menggantikan “Pelajar” bagi segala urusan rasmi, mewujudkan Majlis Pengenalan Calon, calon dibolehkan untuk menggunakan motto dan cogankata untuk berkempen

Filed under: News, , , ,

Sayonara 2009: Pengajaran untuk semua!

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Hari ini Selasa, 29hb. Disember, 2009 hingga jam 7.00 petang saya masih di pejabat dan belum memulakan artikel ini. Bila editor Siasah menghubung  minta emelkan artikel dengan segera, saya baru fikir tajuk apa nak ditulis sebagai tulisan terakhir penutup tirai 2009 bagi akhbar tabloid Siasah.

Jika tidak silap ingatan saya, akhbar  Siasah ini, sudah bernafas dalam tahun kelima (5). Malah saya sendiri tak pasti sama ada dapat terus menulis lagi atau tidak untuk akhbar Siasah pada tahun-tahun kehadapan. Saya tak ingat bila mula menulis dalam akhbar ini secara tetap, tetapi sebelum buat Ijazah sarjana perniagaan selama 2 tahun dan sekarang telah lebih setahun tamat pengajiannya.

Sejak dari awal penerbitannya, saya terlibat bila Ahmad Lutfi Othman, Pengarang ketika itu menjemput untuk menyertai bengkel bedah siasat (post mortem) berkaitan akhbar baru yang diterbitkannya. Pada masa tersebut, saya tidaklah menulis secara tetap seperti sekarang ini tetapi menulis sekali sekala sahaja bila ada kelapangan sebab tidak mempunyai banyak masa.

Kalau tidak silap telah hampir 5 tahun saya menulis  dengan Siasah bermula dengan dua minggu sekali dan sekarang sekali seminggu. Apabila Ahmad Lutfi Othman keluar dari Siasah untuk kembali semula kepada Harakah, baru saya menulis secara tetap dengan Siasah dibawah Kolum Kalam Perantau dan kemudiannya bersama-sama mengasaskan ruangan Kampus dalam akhbar ini.

Siasah sekali lagi mengalami perubahan. Beberapa kali rekabentuknya bertukar, tetapi Ketua Pengarangnya belum bertukar dan masih bersemangat  meneruskan hayat Siasah. Bekas Ketua Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong muncul untuk menerajui Siasah.

Sekarang dengan imej baru akhbar Siasah sejak dua tiga bulan lepas, kolum saya Kalam Perantau juga telah ditiadakan tetapi saya masih kekal menulis secara tetap demi untuk memberikan sedikit sumbangan kepada akhbar tabloid ini.

Sekali lagi Siasah mengalami perubahan dari segi rekabentuk dan corak pemberitaan dan persembahannya. Pada masa ini, saya diberikan satu kolum tetap, Kalam Perantau yang saya alihkan dari sebuah media tabloid lain, Salam Perantau dalam akhbar al-Wasilah.

Saya tidak pasti, masih ramai atau tidak rakyat Malaysia yang mahu melihat Siasah terus bernafas dalam industri persuratkhabaran negara. Apakah akhbar ini akan terus bernyawa atau tidak selepas ini banyak bergantung kepada sambutan pembaca dan juga kemampuan kewangan penerbitnya.

Bukan mudah bagi menghidupkan sebuah industri persuratkhabaran tabloid seperti ini. Malah ada tabloid yang sempat bernyawa beberapa keluaran sahaja dan terpaksa di’kafan’kan bagi mengelakkannya menanggung keruigian yang lebih besar.

Dizaman kegemilangannya menjelang PRU ke-12 yang lepas, saya diberitahu, akhbar Siasah dicetak hampir-hampir mencecah angka 100,000 naskhah seminggu. Tetapi sekarang ketika industri akhbar sedang menurun selepas PRU ke-12, mampukah akhbar ini terus bertahan untuk diterbitkan?.

Media Certak tidak lagi diperlukan?

Saingan utama kepada dunia persuratkhabaran sekarang ini adalah media baru dan dunia internet yang semakin mengambil alih peranan industri akhbar. Berita-berita di internet yang dikemaskinikan setiap masa menjadikan masyarakat hampir tidak memerlukan lagi akhbar-akhbar cetak kecuali di kampung-kampung.

Malah penerbit-penerbit akhbar-akhbar cetak sekarang ini mengemaskini berita-berita mereka dalam edisi internet sebelum dicetak semula dalam edisi cetak keesokan harinya. Disebabkan ramai pengunjung-pengunjung internet yang telah membaca berita yang sama lebih awal, untuk apa mereka membeli lagi akhbar berkenaan?

Ini merupakan dilema yang dihadapi oleh penerbit-penerbit media cetak dinegara kita sekarang. Malah ada media hanya menyediakan akhbar online sahaja. Mereka hanya mencetak bahan-bahan onlinenya dalam bentuk buku setelah melaku proses meng’edit’ bahan-bahan berkenaan untuk dijadikan buku.

Malah ada akhbar-akhbar alternatif seperti harakah dan Siasah mengadakan Unit Buku pula untuk menerbitkan buku-buku berdasarkan kepada koleksi bahan-bahan terbitan mereka yang sedia ada. Selain itu akhbar-akhbar ini juga tidak ketinggalan dalam dunia digital dengan berjaya mengadaptasikannya ke dalam epaper.

Perkembangan-perkembangan sebegini memerlukan kepada pelaburan yang besar dalam keadaan masyarakat belum bersedia sepenuhnya menerima akhbar digital sebagai ganti kepada akhbar cetak. Ini dilemma yang dihadapi oleh penerbit-penerbit akhbar kecil yang menyebabkan mereka tidak mampu bersaing dalam industri media dewasa ini.

Apa pilihan yang mereka ada? Satu pilihan yang ada bagi mengurangkan kos operasi adalah mengurang tenaga kewartawanan kerana sekarang para blogger sudah mengambil alih sebahagian besar kerja-kerja wartawan sebelum ini. Sebaliknya penerbit-penerbit perlu menumpukan kepada pembangunan produk-produk media baru yang lebih diperlukan dimasa akan datang.

Parti mungkin menjadi parti politik pertama di negara ini menganjurkan Konvensyen Blogger pada 20hb. Disember, 2009 yang lepas bagi menghimpunkan para blogger pro PAS. Tahniah kepada ketua Penerangan PAS kerana berjaya keluar dari kepompong lama “Penerangan hanyalah Ceramah” sahaja.

PAS perlu bergerak ke hadapan bagi menangani isu media baru ini dengan segera kerana menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti mungkin peranan akhbar harakah sudah menjadi kurang berkesan lagi kerana rakyat sudah beralih kepada media baru.

Mulai sekarang PAS mesti melihat kembali peranan dan masa depan akhbar Harakah bagi terus relevan dengan perkembangan dunia semasa. Tindakan PAS melancarkan eharakah pada muktamar  ke-55 di Shah Alam pada tahun ini sesuai dengan perkembangan semasa.

Sayonara 2009. Selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca Siasah.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , ,

Tumpukan pada kerja mempertahankan Selangor

Setelah beratus-ratus SMS dikirim termasuklah bantuan lidah-lidah pengadu domba khasnya di alam maya ini hanya 8 orang yang dilaporkan hadir (disahkan oleh seorang rakan wartawan yang mnegatakan wartawan yang hadir lebih ramai bilangannya) dalam apa yang didakwa kononnya Perhimpunan Mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat sebentar tadi. Memorandum yang kononnya akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Dato Dr Hasan Ali entah telah diserah pada jembalang mana.

Siapakah mereka ini?

Pimpinan Umno Selangor menafikan mereka terlibat (itu pun kalau boleh percaya). Pimpinan PAS Selangor memang tidak terlibat langsung. Anehnya kawan-kawan bersungguh-sungguh memberi komen dan teguran termasuklah merayu Dato Hasan agar jangan menerima memorandum tersebut. Anehnya lagi lidah rasmi parti di alam maya turut menyumbang ke arah mencetuskan keresahan khasnya ahli dan penyokong parti seolah mahu melihat karier seseorang itu dimatikan melalui himpunan tak berakal ini!

PAS Selangor selesa dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor malah semalam semasa program Daurah Tarbawi Negeri yang diadakan semalam (dihadiri Dato Hasan dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat), hadirin yang mengambil bahagian bertekad mempertahankan kerajaan negeri dan berusaha melonjakkan lagi prestasi PAS di negeri ini.

Soalnya mengapa PAS Selangor mesti keluar dari PR?

Terus terang bagi saya insiden ini suatu kerja jahat yang disokong pula oleh tangan-tangan hitam yang mahu melihat PAS Selangor bermasalah dan melagakan pimpinan dengan ahli. PAS Selangor konsisten dengan agenda perjuangan PAS, dan kedudukannya dalam kerajaan negeri akan digunakan bagi meyakinkan rakyat tentang relvannya PAS dan PR serta betapa pentingnya kerajaan ini terus kekal memerintah Selangor. Tidak ada sebab ia mahu tinggalkan PR.

8 manusia yang bermasalah itu bukan orang PAS. Kalau adalah rekod mereka ahli PAS maka sayalah yang pertama yang akan mengesyorkan agar mereka dipecat dari parti. Saya juga sedang menimbangkan untuk membuat laporan kepada PAS Pusat tentang bagaimana media parti boleh turut serta mensensasikan kerja-kerja jahat ini dan saya pandangn tindakan itu sebagai serius dan perlu ditangani.

Ada laporan yang memetik tulisan seorang blogger dalam buangan yang meramalkan kerajaan PR Selangor akan jatuh dan menganggap kononnya himpunan orang-orang separuh tiang itu akan mencetuskan gelombang yang ditelek oleh anak Raja berkenaan, Malangnya media resmi parti turut melaporkan:

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno ‘tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya’.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ramalan ini untuk makluman pernah dibincangkan dalam salah satu mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor (Majlis PR Selangor bermesyuarat secara kerap 2 minggu sekali, bukti betapa kukuhnya ikatan PR Selangor, negeri lain bagaimana?). Walaupun kami bukanlah mahu bermegah bahawa kerajaan ini kukuh, namun Tan Sri MB menganggap kalau kita beri tumpuan pada tulisan seumpama ini semata-mata banyak kerja lain yang lebih penting untuk rakyat tidak dapat kita laksana dan selesaikan.

Jentera kerajaan negeri berjalan lancar di Selangor. Tiada yang terbantut dan ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan PR Selangor bergerak seperti biasa,memerintah negeri ini dengan selesa dan insyallah berusaha memperteguhkan lagi kedudukannya dalam PRU ke 13 nanti. Mari kita bekerja ke arah itu dari meleleh air liur terpesona degan kerja-kerja orang separuh tiang.

Filed under: News, , , ,

JHEAIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan

Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana.

KOTA BHARU 29 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya. Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan. Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu. Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.

Filed under: Most Popular, , , , , ,

Dewan Pemuda PAS Selangor buat laporan Polis

SHAH ALAM, 29 Dis – Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor semalam telah membuat laporan polis terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Negeri Selangor (GKPPNS) di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor pada Ahad lalu.

Laporan yang dibuat Timbalan Ketua DPPN Selangor, Ahmad Zaidy Abd Talib di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu turut diiringi oleh ahli jawatankuasa dewan tersebut serta ahli Pemuda PAS Shah Alam dan Gombak.

Tindakan  kumpulan itu, menurut Zaidy, telah mencemar dan menjejaskan imej PAS yang merupakan parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana ia berunsur fitnah dan berniat jahat khusunya terhadap PAS Negeri Selangor.

“Laporan polis ini adalah bertujuan untuk membersihkan PAS kerana mereka telah menyamar sebagai ahli PAS dan telah menggunakan nama PAS dalam perhimpunan tersebut,

Malahan, kita tidak tahu siapa mereka kerana dari semakan yang telah pihak kami lakukan, kita dapati mereka bukan ahli PAS seperti yang didakwa,” jelas beliau ketika ditemui sejurus laporan dibuat.

Beliau yang juga Ketua DPP Kawasan Selayang itu berkata, kenyataan mereka  (GKPPNS) semasa dalam perhimpunan tersebut adalah satu pembohongan dan berniat jahat terhadap PAS apabila menyatakan bahawa PAS telah dijadikan boneka dan kuda tungangan oleh PKR dan DAP.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa perhimpunan tersebut itu telah didalangi oleh pihak Umno turut menjelaskan tuduhan itu jelas menjejaskan nama baik PAS.

“Kita yakin ada unsur-unsur sabotaj dan keterlibatan mereka (Umno) jelas dalam usaha untuk merampas kembali Kerajaan Negeri Selangor”, ujarnya.

Mengenai tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak DPPN Selangor, beliau berkata, pihak DPPN Selangor akan meneliti samaada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat atau sebaliknya.

“Kita akan mengenal pasti mereka dan sia dalam disebalik perhimpunan itu melalui gambar serta video yang telah kita perolehi,

“Pihak kami juga berharap supaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan lanjut agar sepera seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya lagi.

Filed under: News, , , ,

Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan…Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain… tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu. Harakahdaily/

Filed under: News, , , , , ,

Nik Aziz sahkan setiausaha politik, akhbar letak jawatan

KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengesahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron, dan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya diberhentikan atas sebab tertentu berikutan kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diisi bila-bila masa oleh orang lain apabila sampai tempohnya.

“Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata, Pas Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar Kelantan untuk bertanding pada pilihan akan datang.

“Pas Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka,” katanya.

Nik Aziz berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa Pas Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang adalah sebagai mengambil “jalan tengah” untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon Pas bagi pilihan kecil akan datang terdiri daripada anak tempatan.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya,” katanya. – Bernama

Filed under: News, , ,

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories