Kalam Perantau

Icon

Jalani pembedahan lutut – Kalam Perantau Mengiringi Doa Ke Bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong

Nota : Kalam Perantau menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar pembedahan Tuanku Mizan berjaya dengan selamatnya dan berharap Tuanku cepat sembuh agar dapat mendekati rakyat seperti biasa sekembali ke tanahair nanti. Amin.

KUALA LUMPUR: Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat ke Munich, Jerman bagi menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Isnin ini, demikian menurut kenyataan Istana Negara.

Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan dua anakanda baginda serta dua pakar perubatan iaitu Pakar Ortopedik Kanan Hospital Selayang Dr Ramli Baba serta Pakar Ortopedik Hospital Besar Kuala Lumpur Dr Mohd Asri Ghapar.

Kenyataan itu juga menyebut pembedahan itu akan dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan di pusat berkenaan yang diketuai Prof Andreas B.Imhoff.

Baginda dijangka menjalani pemulihan selama satu minggu di pusat perubatan berkenaan setelah menjalani pembedahan.

“Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga meminta seluruh rakyat agar tidak berasa gusar dan mendoakan pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya serta sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T agar segera pulih bagi menjalankan tugas seperti biasa,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: