Kalam Perantau

Icon

Saya tidak halal dunia akhirat” – Tok Guru Nik Aziz

Oleh Pria Malaya

Berikut adalah ucapan Tok Guru Nik Aziz di majlis penghayatan Hari Wukuf di Putik Pengkalan Chepa pada 26 November 2009.

Ambo (saya) tidak halal dunia akhirat. Kalau datang meminta maaf pun, kalau saya tidak beri boleh buat apa“.

Demikian kenyataan kesal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap dalang yang menghalangnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Beliau mendakwa tindakan tersebut dibuat oleh dalang terbabit dengan terancang dan ia sebahagian daripada rancangan untuk memusnahkan kerajaan PAS di Kelantan.

“Mereka ini merancang nak runtuhkan Islam, nak lawan agama (secara langsung) mungkin mereka rasa tak kena.”

“Jadi mereka cuba runtuhkan kedudukan ambo (saya) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui sebaran di internet dan sebagainya”.

Katanya semasa berucap pada majlis penghayatan Hari Wuquf di Pusat TarbiahIslamiah (PUTIK), Pangkalan Chepa hari ini.

[ Dua ‘peringatan’ penting dari kenyataan Tok Guru diatas..pertama, Tok guru tidak halal dunia akhirat mereka yang menjadi dalang menghalangnya dari menunaikan Haji (Umrah sebenarnya) pada tahun ini, termasuk yang bertindak mencemarkan maruah beliau seolah2 menerima rasuah, adanya agenda tertentu dan sebagainya..

Kedua, Tok Guru membayangkan terdapatnya usaha dari individu/kumpulan yang cuba hendak meruntuhkan kedudukan beliau dan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, terutama melalui medium internet! Ternyata tindak tanduk ‘mereka’ diibaratkan Tok guru seperti ingin meruntuhkan Islam dalam sedar mahupun tidak..

Ini adalah apa yang difahami penulis..terserah pada kalian untuk menilai dan memahami kenyataan Tok guru Nik Aziz diatas, termasuklah sumber berita ini diperoleh (‘sumber’ tidak menyertakan akhbar manakah yang dirujuk)…apa yang jelas dari berita diatas, Tok Guru jelas kesal terhadap pihak yang cuba men’sabotaj’ beliau serta pentadbirannya..beliau juga mempertahankan Tuan Guru Presiden PAS dari diserang ‘musuh’ dalam dan luar, samada melalui sebaran internet dan sebagainya…wallahua’lam..]

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: